KPI Dashboard

minda.JUMAAT: pergi tak kembali...

Tanggal 13 Ogos 2009, Ustaz Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung. Beliau pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri.

Semoga roh allahyarham dicucuri RahmatNYA.. Al-Fatiha
h



PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Kali terakhir berkomunikasi dengan al-Marhum Ustaz Asri adalah awal bulan Julai lalu apabila beliau memaklumkan di facebook saya yang album beliau 'Keberkatan Ma'thurat' telah berada di pasaran... berikutan dari saranan saya sebelum itu untuk beliau terbitkan.

Entri terakhir di facebooknya adalah kelmarin (Rabu): "... VCD konsert maulidurrasul sudah terbit..."


Semoga roh dakwah melalui nasyid dan bahan /harta intelek beliau akan menemani al-Marhum di alam sunyi dan sepinya kini... Al-Fatihah.


Kemaskini: 15 Ogos 2009
video saat-saat cemas perjalanan terakhir beliau...





...dan khazanah-khazanah dari kemersikan suara al-marhum
serupa ini
akan tetap menjadi tatapan umum di TV
(khususnya setiap petang jam 7:00 malam di Astro Oasis)



.