Ahlan wasahlan Ramadhan al-Kareem!
Justeru, ada baiknya diulangi* perkara yang kebanyakan kita sudah tahu - di atas sifatnya yang utama tetapi dilakukan dalam bulan yang mulia ini. Ia sebagai ulangkaji apabila mula melangkah ke madrasah Ramadhan... KELAS LATIH TUBI, setahun sekali!
Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi, hakikat puasa PERLU DIZAHIRKAN, iaitu:
PENGLIHATAN: merendahkan pandangan dari melihat sesuatu yang ditegah dan boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah;
LISAN: lidah perlu dipelihara dari berdusta, mengumpat, memfitnah dan sebagainya;
PENDENGARAN: menahan pendengaran dari mendengar perkara dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan - haram juga didengar!
ANGGOTA LAIN: menahan seluruh anggota badan seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya dari melakukan maksiat seperti mencuri, melangkah ke tempat-tempat maksiat, makan dari hasil yang haram dan lain-lain;
HATI: setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima Allah PERLU MENGHIASI IBADAH PUASA...
|*Sumber: Petikan dari majalah SOLUSI Isu No. 10, Telaga Biru Sdn Bhd|
NOTA
Dalam konteks kehangatan kempen PRK DUN Permatang Pasir sekarang, sewajarnya ia menjadi kempen pilihanraya paling bersih! - kerana kedua-dua calon adalah di kalangan orang Melayu (Islam)... Namun mampukah mereka?
Dalam konteks kehangatan kempen PRK DUN Permatang Pasir sekarang, sewajarnya ia menjadi kempen pilihanraya paling bersih! - kerana kedua-dua calon adalah di kalangan orang Melayu (Islam)... Namun mampukah mereka?