KPI Dashboard

puteh mata...


ICJ telah membuat keputusan... Malaysia berputeh mata! Pulau Batu Puteh terlepas... yang terpaksa 'diterima' hanya terumbu batu karang... Terumbu Karang Tengah (yang 'hilang' ketika air pasang...)

Namun pihak Malaysia (YB Menteri Luar) menganggapnya sebagai keputusan "MENANG-MENANG"?


Pulau Batu Puteh, dari aspek sejarah dan kedaulatannya adalah milik Malaysia telah diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai milik Singapura!

Tunggu... Apa lagi yang kita akan TERLEPAS?

Iskandar Malaysia: Bagaimana koridor ekonomi (ala Dubai itu) 3o tahun dari sekarang? Apakah umat Melayu ketika itu nanti akan 'menyumpah' lagi? (...kepada pemimpin orang Melayu yang ada sekarang pula).


NOTA

1. Sekali lagi (pada pengamatan saya) peranan media arus perdana (khususnya elektronik) dalam memainkan sentimen Pulau Batu Puteh dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini menemui kegagalan...

2. Baca juga '...batu terhempap putih mata' DI SINI - dari perspektif orang politik!

3. Grafik (di atas): Kredit kepada TheMalaysianInsider.com

minda.JUMAAT: menuntut ilmu

Ilmu ibarat air yang jatuh dari tempat
yang tinggi ke tempat rendah...

Seseorang yang menuntut ilmu
mesti merendah diri agar hatinya
menjadi takungan untuk ilmu tersebut...

Imam As Syafi'e pernah berpesan: "Belajarlah sebelum menjadi ketua... dan sesiapa yang ketika mudanya tidak belajar dan mensia-siakan masa mudanya, maka takbirkanlah untuknya sebanyak empat kali!"...Halus sungguh sindiran Imam As Syafi'e itu (kepada yang tidak menuntut ilmu) - Mereka dianggap sebagai telah 'mati' kerana tidak memberi manfaat kepada sesiapa.

"...Allah mengangkat darjat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu dengan beberapa darjat..." - Ayat 11, Surah Al Mujaadilah (58)

BMT

Jika pengunjung ke UniversitiPTS, Puan SifuPTS sering menyebut tentang BMT....

Apa dia BMT (Bahasa Melayu Tinggi) yang dimaksudkan beliau? Mengapa BMT itu penting di dalam penulisan, walau pun di blog peribadi kita?

...Hari Ahad lalu, saya 'gagahkan' juga memanjat tangga Sekolah Al-Ikhlas di tingkat dua, di mana Prof. Emeritus Abdullah (Penasihat PTS) memberikan kuliah berkaitan BMT.

Prof memulakan kuliahnya dengan 'definisi' BMT. Seterusnya beliau berkata, "Kajian (Hipotesis Defisit - Basil Bernstein) telah menunjukkan bahawa:

a. Kelompok pelajar daripada keluarga yang menuturkan bahasa baku (bahasa tinggi) lebih mudah belajar dan cemerlang dalam pelajaran;
BERBANDING
b. Kelompok pelajar yang datang daripada keluarga yang berkomunikasi dengan bahasa-bahasa pasar, bahasa tidak lengkap dan yang serupa dengannya..."

Apa yang lebih penting adalah hasil kajian tersebut. Kelompok yang tidak berupaya menutur dan menulis dalam bahasa persuratan yang diajar di sekolah-sekolah menerima kesan kekal... Kekal dalam kemiskinan. Miskin ilmu dan miskin budaya!

BMT adalah wadah perjuangan untuk memandaikan bangsa. Khususnya anak-anak bangsa yang berada di luar bandar (juga di bandar di mana sosio-ekonominya) serba kekurangan. Bahasa berkaitan langsung dengan budaya.

Penggunaan bahasa seseorang melalui percakapan atau penulisan menunjukkan tahap intelektual dan karisme bangsa itu sendiri.

Baca N3 Puan Norlela Zubir berkaitan aspek Pemadan Taraf (Sapaan Sosial) dalam BMT.
Ini pula kesan sisio-ekonomi jika tidak mengamalkan BMT yang dicatat oleh Tuan Zamri Mohamad.

UMNO terus bergolak...

19 Mei, 2008 14:29 PM

Tun Dr Mahathir Umum Keluar Umno Berkuatkuasa Serta Merta


Tun Dr Mahathir Mohamad

ALOR STAR, 19 Mei (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta.

Dr Mahathir yang juga adalah anggota Umno seumur hidup berkata beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota Umno Kedah pada majlis bertajuk "Nasib Kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di sini Isnin...Baca SETERUSNYA

Ini pula N3 beliau di Chedet.com

Lihat juga reaksi dan analisis pihak-pihak lain... DISINI DISANA dan di Al-Jazeera

mindaJUMAAT: cikgu

Bulan Mei adalah bulan yang penuh dengan tarikh-tarikh keramatnya... Hari Ibu, Hari Belia dan hari ini, Hari Guru.

Hari Ibu kita menghargai pengorbanan seorang ibu. Sehingga diberi taraf sebagai "...Syurga itu di bawah tapak kaki ibu", di sisi Islam.

Kelmarin (15 Mei) pula diistihar sebagai Hari Belia. Usia belia dikatakan sebagai kehidupan di antara "dua alam kelemahan".... ketika bayi/kanak dan pasca usia emas. Yusuf Qaradawi pernah memberi pandangan jauhnya "...belia adalah CERMIN kepada kekuatan sesuatu bangsa di masa hadapan!". Bagaimana cermin belia (Melayu) kita sekarang?

Hari ini Hari Guru... Teringat ketika berkhidmat sebagai guru di SMV Muar (30 tahun lalu) sebagai "Pegawai Perkhidmatan Gred T1". Terpaksa meninggalkan kerjaya perguruan (kurang dari 6 bulan) kerana 'merebut peluang' untuk melanjutkan pelajaran (ke luar negara, ketika itu) di bidang kejuruteraan.

Laungan "terima kasih Cikgu!..." (alunan kuat yang berlagu) masih segar di ingatan, khususnya ketika di sekolah rendah. Hari ini ramai di antaranya telah menyahut panggilan Illahi.

Salah seorang daripadanya adalah Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie bin Mahat, bekas Ketua Pengarah Pendidikan (yang meninggal dunia tahun lalu). Beliaulah yang banyak memotivasikan saya ketika di Tingkatan I-III dahulu... Setiap kali bersua muka beliau (sebagai seorang guru) dengan bangganya bercerita tentang anak muridnya (dengan siapa jua yang berada bersamanya). Kenangan terakhir adalah pertemuan di dalam penerbangan ke Kota Kinabalu tiga tahun lalu (ketika beliau berkhidmat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan).

Semoga roh-roh guru yang pernah mendidik saya sentiasa dicucuri rahmat dan dilapangkan pusaranya. Amin.

60 tahun...

Bush ke Israel lagi.... Hari ini ulang tahun ke-60 penubuhan (secara haram) negara Israel. British adalah tok dalangnya... Kini Amerika Syarikat menjadi tukang karutnya di era tamadun moden dan globalisasi. Klik gambar di atas untuk rentetan sejarahnya.

Israel bukan sahaja gagah di bumi Palestin tetapi menguasai Amerika Syarikat dan kelibat sana-sini peranan polis dunia yang dimainkannya. Keturunan yang (dalam tamadun kemanusiaan) dikutuk Allah (dalam Al-Quran itu) kerana memutarbelitkan kebenaran dan perintah Tuhan dan Nabi-Nabi yang diutuskanNYA...

[...dan saya tidak berhasrat untuk melanjutkan tentangnya kerana ianya adalah bahan sejarah tamadun manusia dalam tempoh ribuan tahun dan akan terus berlaku sehingga akhir zaman... yang sedang kita lalui kini]

Lihatlah betapa cermatnya perancangan mereka mengwujudkan daerah yang tidak pernah aman dari segala bentuk pergolakan - Timur Tengah... Dan dalam masa yang sama terus memperkukuhkan penempatkan mereka di bumi Palestin tanpa tentangan yang memberi kesan.

Khutbah sempena 60Tahun Palestin di bawah kekejaman Israel dari blog ibnuIsmail

kemusnahan 2...


Selang 10 hari selepas kemusnahan Delta Irrawaddy di Myanmar, dunia dikejutkan lagi dengan gempa bumi berukuran 7.8 di China!...

Beberapa minggu sebelumnya kita dipaparkan betapa kezaliman (keatas warga Tibet) diperlakukan... selari dengan larian obor Olimpik Beijing 2008 mengelilingi dunia.



Saksikan video di atas: betapa Allah ingin menunjukkan kepada (kerakusan) manusia tentang kekuasaanNYA, sehari selepas obor olimpik itu sampai di puncak Everest!

13 Mei 1969

Ada baiknya dihidangkan sorotan peribadi peristiwa berdarah 13 Mei 1969 untuk tatapan generasi muda, khususnya Melayu...

Ketika itu saya di Tingkatan V, Sekolah Alam Shah (kini ditempatkan semula di Putrajaya). Persekitarannya adalah Kg Kongo (kawasan setinggan Melayu), Salak Selatan dan pekan Cheras (masyarakat China). Kini Kg Kongo itu namanya Bandar Tun Razak...

Kedudukan SAS yang agak strategik membuatkan kami dapat melihat Kuala Lumpur 'terang benderang' malam itu dengan kebakaran di sana sini. Penduduk-penduduk Kg Kongo diberi perlindungan di Dewan Besar sekolah... kami dan penduduk 'berkawal' di sekitar kawasan sekolah. 'Senjata' yang dibekalkan hanyalah buluh rencong dan semangat darah muda yang membara!

Disebabkan sistem komunikasi yang agak terbatas, kami hanya diberi tahu bahawa KL dalam "keadaan tegang" dan di bawah "perintah berkurung". Itulah pertama kali mendengar perkataan-perkataan tersebut.

Keesokan harinya pihak GH (kini Hospital KL) merayu untuk mengisi tabung darah yang di tahap kritikal. Saya mengambil kesempatan untuk 'keluar dalam tempuh perintah berkurung' (menaiki lori tentera yang dikawal rapi) dan melihat sendiri kesan pertumpahan darah kaum di sekitar perjalanan dari Cheras ke GH... dahsyat dan mengingsafkan!

Kini 13 Mei 1969 tinggal segar dalam lipatan sejarah hitam Negara. Sejarah yang perlu dijadikan rujukan dan sempadan dalam berpolitik, perlaksanaan kontrak sosial ketuanan Melayu dan penggubalan dasar-dasar berkaitan sosio-ekonomi Malaysia.

Semoga Allah menjauhkan malapetaka serupa itu berulang... kerana jika berlaku lagi ianya akan lebih dahsyat lagi! Amin.

tajam ingatan...

Dalam masyarakat Melayu tahap kecerdasan minda seseorang itu dikatakan sebagai ‘terang hati’. Dan yang sebaliknya pula sebagai ‘bengap’ (gelap hati)… Keadaan gelap hati di peringkat teruknya pula adalah ‘nyanyuk’.

Tanda-tanda awal seseorang itu kehilangan daya ingatannya adalah mudah lupa nama orang-orang yang rapat dalam hidupnya. Sering sesat jalan dan gagal melaksanakan perkara-perkara mudah dalam kehidupannya...

Bagaimana untuk kita mengekal dan menguasai daya ingatan?

Orang-orang alim telah menggariskan lima perkara berikut, untuk terang hati:

1. Bersihkan hati - Proses pembersihan hati dengan sentiasa memanjatkan doa dan zikir (istighfar). Hindarkan dendam kesumat di hati. Pantas memaafkan kesalahan orang lain keatas kita.

2. Ingati Allah – Bacalah Al-Quran. Beristiqamah dengannya, di samping amalan-amalan wajib harian.

3. Jaga pemakanan – Hindari makanan yang diharamkan, termasuk medapatkannya dari sumber yang haram. Jangan makan terlalu kenyang!

[Pastikan keseimbangannya. Kurma, kismis dan madu lebah adalah sumber terbaik untuk otak. Vitamin B kompleks (yang kaya dalam tempe, tauhu dan sejenis dengannya). Elakkan memakan organ-organ dalaman binatang, kepala ikan dan juga makanan yang dicemari semut].

4. Bersenam – Secara beristiqamah (yang ini mudah, tetapi susah…) sekurang-nya 30 minit sehari. Akal yang hebat (sihat) berada dalam tubuh yang hebat (sihat)!

5. Elakkan dari melihat…(secara suka-suka) kemaluan sendiri, bahan-bahan lucah, nama-nama di batu nisan dan bueh-bueh di pesisiran.


NOTA: Di zaman kanak-kanak dahulu, ada petua yang diberikan orang tua-tua untuk terang hati. "...jikalau benak sangat, tangkap dan TELAN KELIP-KELIP (firefly)"

ingati ibu...

Hari ini dunia memperingati pengorbanan ibu...

Ibuku telah pergi menyahut panggilan Illahi ketika berusia 8 tahun... 47 tahun lalu - ketika melahirkan anak ke-4. Di zaman itu, kadar kematian bayi dan ibu bersalin agak tinggi... Hanya doa kesejahteraan di alam baqa'nya dipanjatkan setiap kali selepas solat, Amin.

Namun 33 tahun yang lalu aku mendapat 'ganti'... ibu mertuaku! Dialah yang berjaya membesarkan dan mendidik 10 orang anak (3 perempuan 7 lelaki). Dan kini dapat pula bermesra dengan lebih 30 cucu dan 3 orang cicit. Isteriku anak sulung...

Awal pagi isteriku telah menerima bingkisan 'anak oncu'... panggilan telefon daripada anak cucu di Dubai... dan yang berada dipersekitaran... Dan petangnya anak menantu dan cucu berkumpul menikmati keenakan masakan ibunya. Itu rutin mingguan kami sekeluarga...

NOTA
Kek-kek comel di atas adalah pemberian dari besan ke-2 kami... yang kini mengikuti kelas icing...

minda.JUMAAT: cabaran...

Sebagai penutup kepada entri Politik Islam di minda.JUMAAT yang lalu, ingin dipetik catatan penulis 'Demokrasi & Islam' di akhir tulisannya...

Allah memerintahkan (seseorang pemimpin) itu melakukan dua perkara:

KONSISTEN - Tegak di atas prinsip dan cara yang betul mengikut Islam yang dilalui oleh para Rasul, Sahabat, Syuhada dan Salihin. Bukan oleh kalangan ahli ilmu yang khianat atau mereka yang sesat dalam kejahilan.

dan,

BERILMU - Hendaklah berilmu dengan mempelajari daripada ajaran Islam dan segala kebijaksanaan, dengan mengkaji melalui akal yang berpandukan syara' dalam perkara yang di izin Allah mengikut perkembangan masa, keadaan dan tempat yang berubah.

Segala cabaran hendaklah dihadapi mengikut keadaan.

NOTA
Kepada yang berminat dengan Pak Hamka, Khutbah Jumaat PTS hari ini bermanfaat...

tragis nargis

An IR emergency response team is being prepared to fly out to Myanmar at the earliest opportunity. Contact is being made with potential partners on the ground and we need £3 million to cover: plastic sheeting, tents, water purification tablets, water filters, hygiene kits, medicines, mosquito nets and food. Help us to help the people of Myanmar.

HELP US TO HELP MYANMAR -

NARGIS CYCLONE VICTIMS NOW

Click here to donate online or direct bank-in to
MBB Acc. No: 5621 4270 8704

NOTA: mesej daripada...
drbubbles said...

Salam Pak Sabtu,

Saya ke udara di Astro Awani sebentar tadi memaklumkan tentang usaha Islamic Relief mengumpul dana sebanyak RM19 juta di seluruh dunia bagi membantu rakyat Myanmar.

Islamic Relief Malaysia sudah pun melancarkan Rayuan Taufan Myanmar dan kalau ada sesiapa yang ingin menderma bolehlah melawat laman www.irm.org.my.

kemusnahan...

"...Apabila penguasa sesebuah negeri itu membuat kezaliman, TUNGGULAH tibanya kemusnahan!..."

Dalam tempoh sedekat yang lalu, kebanyakan negara-negara jiran kita ditimpakan berbagai bentuk malapetaka. Ada yang berulang-ulang kali. Bagi banyak pihak itu adalah hanya suatu fenomena alam... Amat sedikit yang mengambil ikhtibar itu semua dari perspektif lain - KEMURKAAN ALLAH!

Delta Irrawaddy yang dilanda kemusnahan...

Kita dipertontonkan semula. Kali ini kemusnahan yang dikirimkan melalui taufan Nargis yang melanda Myanmar tiga hari lalu... dianggarkan 22,000-63,000 maut atau hilang!

Ikuti lapuran Al-Jazeera - penderitaan yang diturunkan...


Semoga Negara ini dilindungi dari segala bentuk kezaliman manusia, yang pastinya menjadi kemurkaan Allah! Amin.

6/11 vs 9/11

Peristiwa 11 Jun 2005 (6/11) sering mengingatkanku konspirasi 9/11... suatu pembohongan besar dalam sejarah tammadun moden, di mana matlamat telah menghalalkan cara.

9/11 adalah konspirasi /helah Yahudi (dan Bush kuda tunggangannya) dalam usaha memerangi Islam... Saksikan siri UTube berikut, untuk memahami:

...simulasi pemusnahan WTC?


Cuba perhatikan ledakan pemusnah...


...dari 'kapalterbang' peluru berpandu!


...jet pejuang US!

...bom pemusnah WTC! (konspirasi yang terdedah)