tajam ingatan...

Dalam masyarakat Melayu tahap kecerdasan minda seseorang itu dikatakan sebagai ‘terang hati’. Dan yang sebaliknya pula sebagai ‘bengap’ (gelap hati)… Keadaan gelap hati di peringkat teruknya pula adalah ‘nyanyuk’.

Tanda-tanda awal seseorang itu kehilangan daya ingatannya adalah mudah lupa nama orang-orang yang rapat dalam hidupnya. Sering sesat jalan dan gagal melaksanakan perkara-perkara mudah dalam kehidupannya...

Bagaimana untuk kita mengekal dan menguasai daya ingatan?

Orang-orang alim telah menggariskan lima perkara berikut, untuk terang hati:

1. Bersihkan hati - Proses pembersihan hati dengan sentiasa memanjatkan doa dan zikir (istighfar). Hindarkan dendam kesumat di hati. Pantas memaafkan kesalahan orang lain keatas kita.

2. Ingati Allah – Bacalah Al-Quran. Beristiqamah dengannya, di samping amalan-amalan wajib harian.

3. Jaga pemakanan – Hindari makanan yang diharamkan, termasuk medapatkannya dari sumber yang haram. Jangan makan terlalu kenyang!

[Pastikan keseimbangannya. Kurma, kismis dan madu lebah adalah sumber terbaik untuk otak. Vitamin B kompleks (yang kaya dalam tempe, tauhu dan sejenis dengannya). Elakkan memakan organ-organ dalaman binatang, kepala ikan dan juga makanan yang dicemari semut].

4. Bersenam – Secara beristiqamah (yang ini mudah, tetapi susah…) sekurang-nya 30 minit sehari. Akal yang hebat (sihat) berada dalam tubuh yang hebat (sihat)!

5. Elakkan dari melihat…(secara suka-suka) kemaluan sendiri, bahan-bahan lucah, nama-nama di batu nisan dan bueh-bueh di pesisiran.


NOTA: Di zaman kanak-kanak dahulu, ada petua yang diberikan orang tua-tua untuk terang hati. "...jikalau benak sangat, tangkap dan TELAN KELIP-KELIP (firefly)"