laut biru lagi...
Dua Profesor daripada INSEAD itu memperkenalkan BOS dalam tahun 2005, melalui penerbit Harvard Business School sebagai strategi pemasarannya... Dua konsep yang diperkenalkan mereka adalah:
a. How to create UNCONTESTED market space
[Bagaimana mengwujudkan pasaran TANPA SAINGAN]
b. Make the competition IRRELEVANT
[Jadikan saingan TIDAK RELEVAN]
Tertarik dengan entri Puan Sifu PTS tentang Nabi Muhammad dan BOS Ikuti juga ulasan-ulasan dari entri strategi laut biru Ahad lalu.
manifestasi haji
Ingin berkongsi intipati ilmu dari kuliah subuh Ahad lalu..."...berkasih sayang kerana Allah,
benci kerana Allah; dan
memberi kerana Allah,
tidak memberi kerana Allah;
itu adalah tanda-tanda kesempurnaan iman..."
Pengorbanan Nabi Ibrahim adalah manisfestasi kehebatan kasih sayang kepada Allah. Justeru itu, ibadat haji merupakan suatu proses ingatan di atas kejayaan ujian besar baginda menentang syaitan laknatullah.
Larian Safa dan Maruah Siti Hajar adalah kekuatan dalam menjayakan misi suaminya. Hijr Ismail, lokasi Siti Hajar dimakamkan sebagai mercu tanda kehebatan seorang ibu mendidik anaknya.
Dan peristiwa korban itu adalah kisah kejayaan suatu institusi keluarga, yang mencernakan kecemerlangan dalam BERSEGERA dan KESUNGGUHAN untuk melaksanakan perintah Allah.
menuju Arafah
Sama ada seseorang itu dijelmakan sebagai seorang insan kamil atau tidak banyak bergantung kepada episod-episod Hari Arafahnya... terlalu banyak untuk diceritakan! Namun, kisah-kisah Bab 27 hingga 32 yang dipaparkan Prof Kamil di Travelog Hajinya sudah pasti mengetuk pintu hati... walaupun telah 16 tahun berlalu...
Begitulah keajaiban kurniaan Allah. AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar!
Saksikan perjalanan jemaah haji menuju ke Arafah melalui GoogleEarth... Subhanallah!
strategi laut biru
Di majlis penutup program, Tuan Pengarah ILIM di antara lainnya menekankan betapa perlunya ilmu pengurusan strategik dipelajari dan didalami. Ianya perlu agar penjawat- penjawat awam yang bertanggungjawab dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan Islam tidak 'perlekehkan'... Satu kenyataan yang terus dan telus!
Program tiga hari itu telah menjalin pengalaman baru berkaitan Pengurusan Strategik dan Kepimpinan, dari perspektif Islam dengan merujuk kepada model-model pengurusan barat. Apa yang membuatkan saya teruja adalah keinginan peserta untuk memahami tentang Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy).
Itu satu perkembangan yang amat baik [?]. Malah, ada pihak yang bertanggungjawab di sebuah negeri telah menekankan supaya semua penjawat awam negeri tersebut dibekalkan dengan ilmu BOS itu... al kisahnya.
Apa dia sebenarnya BOS itu? Bagi saya ianya merupakan suatu 'penemuan baru' keatas ilmu pengurusan lama... yang diperbaharui semula!
Dalam konteks pengurusan organisasi khususnya, ada beberapa kaedah dan model pengurusan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH digunapakai. Pilihan itu bergantung kepada persekitaran dan bisnes masing-masing. Justeru itu, apa yang penting adalah untuk memahami konsep ilmu itu sendiri... supaya tidak terperangkap dengan 'penjual surat khabar lama'!
Untuk kita faham BOS, kita juga perlu faham apa dia Red Ocean Strategy (ROS) dan beberapa model pengurusan strategik yang lain. Kepada yang berminat, kunjungi entri lalu DI SINI.
Ikuti juga kritik terhadap BOS Ocean Strategy, Red or Blue, belongs in the Dead Sea! ...untuk memantapkan kefahaman. Sebenarnya dalam pengurusan, tidak ada konsep atau model yang 'salah' atau 'betul'. Ianya bergantung kepada apa matlamat organisasi dan persekitaran bisnesnya, seperti yang dinyatakan di atas.
minda.JUMAAT: cahayaMU...
Baru sahaja selesai mengikuti ulasan buku secara live Prof Kamil di radio IKIM.fm... seperti biasa, slot 45 minit terakhirnya (9:15-10:00 malam) yang diberikan kepada Prof Selebriti kita itu dimanfaatkan sepenuhnya. Penuh perasaan, ketulusan dan semangat untuk berkongsi hasil tulisan Travelog Haji nya... yang sedang meletup letup tu!... minda.Jumaat pernah membuat ulasan khasnya; yang juga merupakan intisari perbualannya tadi... dan catatan selebriti itu pula di SINI.Kali ini dibawakan kisah kejayaan seorang usahawan wanita, yang menjadikan doa sebagai teras keusahawaannya; dipetik dari buku ke-2 Puan Norlela Zubir. Beliau yang dimaksudkan adalah Puan Hajah Faizah Bawimi Sayed Ahmad tauke 'Beras Faiza' yang sinomim dengan program realiti TV3 Bersamamu.
Apabila selesai sahaja solat dhuha, yang dilakukan hampir setiap hari beliau akan berdoa:
"...Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktuMU,
Cahayanya adalah cahayaMU,
Kekuatannya adalah kekuatanMU,
Ya Allah, sekiranya rezekiku di langit, turunkanlah;
Sekiranya rezekiku berada di dalam bumi, keluarkanlah;
Apabila ia jauh, dekatkanlah;
Apabila ia dekat, permudahkanlah!
Dengan kebenaran dhuhaMU, cahayaMU, kekuatanMU dan kesucianMU!..."
PENGAJARAN: ...doa sahaja tanpa mengabdikan diri kepadaNYA mungkin tidak cukup.
PERADUAN senyum minda...
Setelah seseorang menasihati, di atas perasaan bertanggung jawab untuk tidak 'menjenakan' sesuatu bangsa (dalam bentuk apa sekali pun) dan selaras dengan aspirasi blog ini untuk MEMANDAIKAN BANGSA:... dukacita diumumkan bahawa:Saya dengan ini berterima kasih kepada rakan-rakan pengunjung yang memberikan respon yang menggalakkan dalam tempoh 12 jam ia dibuka. Dirasakan bukan kerana tawaran tiket AirAsia itu...tetapi di atas dasar ingin menceriakan lagi kunjungan di sumber.INOVASI.intelektual.
Terima kasih khas kepada Puan Sifu dan Prof MKI, juri peraduan... Juga kepada rakan istimewa KS dan uncleJ... yang telah mempromosikan PERADUAN senyum minda...
Namun, tawaran 4 tiket AirAsia itu masih disimpan (sehingga 10 Disember 2007) jika KS dan uncleJ dapat mengadakan peraduan yang sesuai untuknya?
hari-hari jadi...

Tengah hari tadi bila berbual telefon, dikemukakan soalan "...atuk kat where?..." Sebenarnya dia masih beranggapan yang kami masih keluar pergi shopping di Dubai lagi...
26 November pula, harijadi emaknya sementara 11 Disember akan datang pula bapanya... jadi sebelum balik hari itu dijamakkan semuanya...
minda.JUMAAT: permudah urusan
"...Ya Allah, kurniakanlah kami nikmat iman, nikmat kesihatan dan nikmat kelapangan masa!
...Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami (hari ini dan hari-hari mendatang) dalam mencari keredhaanMu. Lindungilah kami dengan kesabaran. Lindungilah kami dari segala bisikan dan kejahatan manusia serta bisikan dan kejahatan syaitan. Lindungilah juga kami dari fitnah dunia dan fitnah akhirat..."
Nabi s.a.w. mengajar kita supaya mengamalkan satu perkara yang mudah - "Jika kamu mempunyai sesuatu urusan, bersegeralah melakukannya pada pagi hari Khamis..."
Dan mulakan langkah untuk tujuan tersebut dengan membaca:
a. ayat akhir Surah Ali Imran (3:200);
b. Surah Al Qadr (97: 1-5); dan
c. Surah Al Fatihah (1:1-5).
InsyaAllah.
ringkas
Dalam kesempatan yang ada, ingin diulang rujuk dua entri dari Kehidupan Ringkas Tapi Signifikan... Nasi Gunting dan Kata Mereka & TQ Prof Kamil di sini...
dubai vs iabud...
Alhamdulillah, awal pagi tadi sampai semula di Subang Jaya...meninggalkan Dubai dan dua orang cucu yang mungkin akan tercari-cari atuk dan neneknya (seperti lazimnya) untuk beberapa hari ini... Gambarannya seperti gambar di atas: Dubai yang dilanda kabus (fog) musim sejuknya, beberapa hari terakhir di sana.
Dalam kesempatan yang ada, telah dibawakan beberapa N3 minda.DUBAI dan salam.DUBAI. dan kemuncak kepada 'kegilaan' untuk Dubai-TER itu, dipaparkan gambar 'grand finale' kepada Dubai Airshow 2007 yang telah mencatatkan penjualan USD100 bilion... meletakkannya pada kedudukan No 1... yang telah pun memulakan kempen 2009 di lokasi barunya - Dubai World Centre (lapangan terbang 6 runway, dan terbesar di dunia... 2x luas Singapura).Kita tunggu LIMA 2007 pula...
Tertarik dengan komen Lee Kuan Yew: "..kehebatan Dubai membina aviation hub dengan tenaga dan kepakaran terbaik dunia (yang 'disewa' dengan duit minyaknya)... tetapi Singapura dibangunkan dengan 'bertulang belakangkan' kepakaran anak tempatan (yang bertaraf dunia)..."
Baca lanjut minda Menteri Mentor itu di sini... untuk pembayang maksud "dubai vs iabud" yang cuba diketengahkan kali ini.
zeroPhobia
Sementara itu, ingin dikongsi satu perkara yang hangat di muka bumi sekarang... 'harga minyak yang pasti melepasi paras USD100'...
Mengapa paras USD100 itu menjadi 'ketakutan' atau fobia?
Masih ingat dengan YTK?... Year 2000 (bukannya, YES to Keadilan tuuu)... iaitu 'momokan komersial' kepada sistem ICT dalam proses peralehan dari 31 Disember 1999, 23:59:59 ke 00:00:01, 1 Januari 2000 . Momokan berbilion USD!
Tentu ada rasionalnya mengapa supermaket menandakan harga: RM1.99 /RM9.99 /RM99.99?
Mengapa pembeli merasakan harga RM9.99 itu lebih murah dari RM10.00?
Namun, dalam kehidupan kita angka 10 atau 100 itulah tanda 'cukup sifat' (perfection)... Tetapi mengapa dalam 'kuasa membayar' kita selalunya takut dengan 100? Setakat semalam, harga minyak dunia sudah pun mencapai USD99.29 ...tetapi apa yang pasti akan lari semula dari duduk ke paras 100!
Mengapa? Mungkin tulisan ringkas yang dipetik mengenai zerophobia ada logiknya dari perspektif psikologi. Bacalah, untuk tajam-tajamkan minda.
minda.DUBAI 6: berfikiran besar...

Airod adalah satu-satunya wakil Malaysia di situ. Satu lagi yang ada 'konten Malaysia' adalah di Roskosmos. Rasa amat teruja apabila mengunjungi pavilion tersebut, tetapi..... (akan beri tahu di N3 selanjutnya)
Apa yang menarik, adalah 'kerakusan' syarikat-syarikat penerbangan Timur Tengah dalam tempahan Airbus dan Boeing. Emirates yang kini syarikat penerbangan ke-7 terbesar di dunia (dan yang paling untung bisnesnya) dari aspek penumpangnya telah membuat komitmen pembelian lebih USD39 bilion di hari pertama lagi. Satu perkara yang amat ketara adalah sentimen 'politik serantau' amat mempengaruhi tempahan.... misalnya dari jumlah USD39 bilion itu hanya 10% dapat kepada Boeing! Boeing pun tidak ada pamirkan pesawat 'dreamliner' nya di situ. Mengapa?
Emirates mensasarkan untuk menduduki tempat pertama dalam tahun 2015.
Di hari ke-2, Dubai Aerospace Enterprise (melalui DAE Capital), entiti bisnes yang baru diwujudkan tahun lalu telah menempah 100 pesawat komersial Boeing dan fasiliti MRO (maintenance, repair & overhaul) untuk tujuan sewaan... bernilai USD13.7 bilion.
DAE juga adalah pengajur Dubai Airshow.... yang juga telah merangka dan melancarkan strategi untuk Dubai Airshow 2009 sebagai terbesar di dunia, selaras dengan penjenamaan semula Dubai World Central Aviation City - Al-Makhtom International Airport, 6-runway dan terbesar di dunia!
Begitulah sedikit gambaran dan semangat Dubai-TER... Mengapa dalam tempoh yang 'singkat' perkara-perkara seperti itu dapat direalisasikan? Renung-renungkanlah ungkapan jenaka yang menggambarkan 3 emirate utama di UAE berikut, yang mungkin ada kebenaranya:
"...Dubai = got money and got brain ...Abu Dhabi = got money but no brain? ...Sarjah = no money as well no brain!..."
Sab2: Setiap emirate ada polisi masing-masing (demi kedaulatan wilayah). Sebenarnya... tentang baik buruknya warga dan wilayah /emirate masing-masing. Akan disentuh dalam salam.Dubai N3 episod-episod terakhir di Dubai - agar pengunjung /pembaca blog ini dapat menajamkan lagi minda masing-masing...baca pemikiran Tok Sheikh di laman webnya
Buat permulaan, mungkin sudah tahu siapakah CEO Emirates, DWC, DAE.... rata-rata semuanya matSaleh: kerjanya beri idea-idea yang TER-...dan belanja!
salam.DUBAI 4: negara sendiri di negara orang...
Setelah 2 minggu berada di sini, barulah ada berita tentang Malaysia di akhbar-akbar harian UAE... dari Gulf News yang hariannya meliputi berita-berita serantau dan antarabangsa yang 'seimbang' hinggalah ke akbar harian percuma 7Days (yang amat terhad lapuran luar negaranya)...Tentu sekali tentang perhimpuan 'Kuning Bersih' di DM yang tersekat... Di sertakan lapuran-lapuran versi UAE hari ini (Ahad):
Gulf News: Malaysian Polis turns water canon ...
7Days: Elections protest..
salam.DUBAI 3: inflasi, penginapan dan sengSARAHIDUP...
Selepas dua minggu di sini, ingin dibawakan pula pengkisahan yang menghimpit kehidupan disebalik kehebatan pembangunan Dubai itu. Ada yang membawa 'derita' kepada kebanyakan orang luar dan yang pastinya 'bencana' kepada rakyat tempatannya (yang dibuai kemewahan rezeki Allah kurniakan) dalam tempoh jangka panjang.
Dari lapuran yang dikeluarkan, sewa hartanah khususnya sewa rumah telah meningkat lebih 300% untuk tempoh 6 tahun yang lalu.... [Nota: Perlu diingatkan di Emirate, minda bisnes tuanpunya hartanah (juga polisi Kerajaan) memang bijak... sebelum masuk rumahnya, sewanya perlu dibayar untuk setahun terlebih dahulu!... dan sering terdengar kes di mana penyewa 'diarah kosongkan rumah' jika tidak berkenan dengan penyewa... atau ada peluang fulus lebih baik lagi!...]
Kelmarin, sempatlah mengelilingi 'batang' The Palm Jumeira (jalan masuk utama) yang mana menempatkan apartmen mewah (Dh2-5 juta seunit) yang mula diduduki pembeli /penyewanya... mungkin itu tidak sampai pun 10% pembangunan 'keajaiban dunia ke-8' itu. Terlintas di kepala ....'bagaimana gambaran lokasi indah ini apabila diusik sunami?'.....
Dua hari lalu, Gulf News menghimpunkan bahan-bahan berkaitan kos sara dan keluhan-keluhan hidup... pastinya non-Emirati. [Cuba teka: Berapakah nisbah non-Emirati dengan rakyat tempatan di Dubai?]
Kesesakan jalanraya di Dubai? ...di waktu puncak, Sheikh Zayeed Road lebuhraya utamanya (4-6 lorong setiap hala) samalah dengan Federal Highway di KL... Tetapi, dek 'faham' dengan "dalam setiap kesulitan itu ada kebaikan (peluang, mengikut sistem kapitalis...atau teori-teori yang sewaktu dengan)" tentu sekali penasihat oportunis Tok Sheikh telah mencadangkan:Pertama: Sebahagian laluan menghala ke Sarjah dan Abu Dhabi (2 emirate jiran yang menghubungkan Dubai) dikenakan tol sejak Jun lepas... Konsep tolnya lebih canggih dari uncleSami - beli stiker 'salik'...tidak payah pakai penghadang /pondok tol... lalu sahaja! Kalau tidak ada 'salik' tu, saman akan ekori...macam saman ekor PDRMlah!
Kedua: Apabila disesakkan lebuhraya... maka peluang bisnes 'airTaxi' (gambar atas) pun diwujudkan!... dilancarkan sempena Dubai Airshow ke-10 bermula esok.








