KPI Dashboard

hati seorang ibu...

...walau pun kau telah pergi 45 tahun yang lalu. Al-Fatihah

...dan terkenang juga betapa bapa mertuaku ketika hayatnya, di petang Raya sudah tersedia daging-daging ayam dan lembu. Bila semua anak menantu cucu dan cicit berkumpul... pasti dagingnya bak seekor anak lembu remaja!

klip video kredit: iklan Hari Raya PETRONAS

ANGKASAWAN I & II..?


Rasmi: Dr Sheikh Muszaphar Shukor Angkasawan Malaysia Pertama
untuk ke ISS dengan kapal angkasa Soyuz TMA-II yang dijadual dilancarkan pada 10 Oktober 2007 dan membuat docking di ISS pada 12 Oktober 2007
Namun, Kapten Dr Faiz Khaleed sebagai Angkasawan 'kedua'..
Pengumuman PM di Putrajaya sebentar tadi - dipetik dari berita TV dan Bernama... Ikuti berita-berita utama Berita Harian dan Utusan
Aktiviti-aktiviti dan maklumat Misi ISS ke XVI ini akan dikemaskini disini, insyaAllah.

AngkaSAWAN Pertama: PM umum hari ini



Cuba teka siapakah ANGKASAWAN Malaysia yang akan menyertai misi Ekpedisi XVI ke ISS, 10 Oktober ini...

Jawapannya di gambar sebelah.... KANAN! dan juga di SINI ...Ya, Dr SMS..?

Bacalah kenyataan / persidangan akhbar NASA 23 Julai 2007

Perlu diingat ekpedisi ke 16 itu buat pertama kalinya Commandernya adalah wanita USA Peggy Whitson dan Flight Engineer Soyuz pula Yuri Malenchenko orang Russia. Dan Dr SMS kita itu dikategorikan sebagai "spaceflight participant"... al-kisahnya.
Namun, sekurang-kurangnya ada juga catatan sejarah anak Melayu ke angkasalepas!

Jejakilah imej Dr SMS ketika sidang akhbar tersebut... Segaknya Dr SMS dengan pakaian angkasalepas

dan bacalah entri menarik TINGGAL KENANGAN ini dari Moscow.

Namun, kita tunggulah pengumuman rasmi PM pada hari ini jam 12.00 tengahari di Putrajaya.

Nurin: sudah jatuh DITIMPAKAN TANGGA?


Ikuti berita TERKINI "Dakwa ibu bapa Nurin" dari Kuala Kangsar... (petikan Utusan Online)
KUALA KANGSAR 23 Sept. - Kemungkinan polis mengambil tindakan mendakwa ibu bapa Nurin Jazlin yang meninggal dunia akibat deraan seksual adalah berdasarkan peruntukan undang-undang, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

“Undang-undang tetap undang-undang... kita kena ambil tindakan, tiada siapa boleh terlepas,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mengenai kemungkinan polis mendakwa ibu bapa kanak-kanak itu kerana cuai.


Bercakap kepada pemberita selepas penyerahan zakat Amanah Raya Berhad di sini malam tadi, beliau berkata, tindakan yang diambil oleh polis itu adalah berlandaskan kepada prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara iaitu Kedaulatan Undang-undang.


Jazimin Abdul Jalil dan isterinya, Norazian Bistaman menghadapi kemungkinan didakwa kerana cuai mengikut peruntukan undang-undang Akta Perlindungan Kanak-kanak.
Musa pada Jumaat lalu berkata, polis sedang menyiapkan laporan kes dan jika mendapati terdapat elemen cuai sehingga menjurus kepada penculikan Nurin Jazlin, polis akan mencadangkan kepada Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapanya.


Musa juga berkata, peruntukan undang-undang terhadap ibu bapa yang cuai menjaga keselamatan anak mereka telah lama wujud, tetapi belum pernah dikuatkuasakan selama ini.
Kenyataan berkenaan bagaimanapun mendapat reaksi yang negatif daripada beberapa pihak.


Mohamed Nazri berkata, peristiwa yang menimpa Nurin Jazlin adalah kejadian yang amat menyedihkan dan wajar menginsafkan semua pihak terutama ibu bapa untuk bersama-sama memainkan peranan menjaga keselamatan anak-anak mereka.


“Saya rasa amat sedih kerana seperti ibu bapanya, saya juga sangat berharap Nurin Jazlin akan selamat kembali ke pangkuan keluarga selepas kehilangannya,” katanya.
Beliau berkata, sebagai menteri yang menjaga potfolio undang-undang, beliau berazam memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada polis dalam usaha menghadapkan mereka yang terbabit dengan kematian Nurin Jazlin ke muka pengadilan bagi hukuman yang setimpal.
Satu pasukan penyiasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah ditubuhkan bagi memburu dan menangkap suspek pembunuhan kejam kanak-kanak berusia lapan tahun itu yang diculik 20 Ogos lalu.


Nurin Jazlin dikebumikan Jumaat lepas setelah mayatnya dijumpai di dalam beg sukan yang ditinggalkan di tangga sebuah kedai di Petaling Jaya pada Isnin. - Bernama

NURIN: harga sekilas nyawa



...sesungguhnya dalam binatang ada sifat-sifat kemanusian untuk manusia mengambil iktibar,


tetapi di dalam hati manusia tersemat banyak sifat-sifat kebinatangan yang mana


BINATANG SENDIRI MENGGERUNINYA!...



agak malang, Nurin menjadi mangsa kepada manusia binatangAl-Fatihah buat rohnya, semoga dikurniakan fadhilat Ramadhan dan rohnya ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang diRedhaiNya; amin.

Ucapan takziah kepada ahli keluarga, semoga cekal menghadapi dugaan tersebut.
Berita pencolekan dan pembunuhan kejam menjadi berita utama Negara hari ini - keputusan DNA - klik untuk petikan dari Berita Harian mengenainya. Dan berita perdana media elektronik lewat petang mengakhiri 'keengganan' ibu bapa Nurin mengenai kesahihan ujian DNA tersebut...


Pemergian Nurin hanya dapat DITANGASI oleh manusia yang memiliki naluri... dan selamat tinggal SAYANG daripada keluarga tersayang... dan
Rentetan dan kronologi penculikan dan pembunuhan kejam Nurin diabadikan... DI SINI
foto kredit: Berita Harian & Utusan Malaysia.

minda.JUMAAT: doa RAMADHAN

Aisyah r.ha pernah bertanya Nabi s.a.w, "Jika bertemu Lailatul Qadar apakah yang patut diminta?"
Nabi s.a.w menjawab "Bacalah oleh mu (setiap hari - siang dan malam):
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, suka mengampuni maka ampunilah aku"
"Ya Allah, aku memohon daripada Mu keredaan Mu, dan aku memohon perlindungan Mu daripada kemurkaan Mu dan daripada azab api neraka".
Riwayat al-Tarmizi.
Nota: dua potong ungkapan itu adalah "doa-doa lazim" iman membacakannya ketika bersolat tarawih.

persekitaran YSB (11) - SOSIAL dalam PEST



Faktor-faktor sosial dalam persekitaran mempengaruhi kita dalam pemikiran strategik. Ia meliputi aspek-aspek persekitaran makro - demografi dan budaya.

Faktor-faktor tersebut akan memberi kesan kepada keperluan dan potensi pasaran bisnes yang dirangka. Di antara lainnya yang melibatkan kesedaran tentang kesihatan, kadar pertumbuhan penduduk, taburan peringkat umur, sikap terhadap kerjaya dan keselamatan.


sumber foto: camillerose at flicker

Ramadhan: kuliah berISTIQAMAH

Kuliah subuh pagi tadi membawakan satu kisah yang amat berguna untuk direnung bersama dan diamalkan... yang diringkaskan seperti berikut:

Ibnu Abbas di tanya tentang tiga perkara:
a. apakah sebaik-baik hari di dalam seminggu?
b. apakah sebaik-baik bulan di dalam setahun? dan
c. apakah sebaik-baik amalan harian ketika hidup?

Ibnu Abbas menjawab:
a. hari Jumaat, penghulu segala hari!
b. bulan Ramadhan al-Mubarak! dan
c. solat di awal waktu!

Jawapan Ibnu Abbas itu disampaikan kepada Saidina Ali. Dan inilah responnya:

"Ibnu Abbas memberikan jawapan yang tepat!
Tetapi jika soalan yang sama ditanyakan kepadaku, inilah jawapannya:

a. Sebaik-baik hari adalah hari di mana kita dikembalikan kepada Allah dalam ketaqwaan!
Yang pasti, kita tidak tahu bila tibanya mati dan khiamat... Hakikatnya, bersedialah sepanjang masa.

b. Sebaik-baik bulan adalah mendapat dan berada di dalam keampunan Allah yang berterusan (berkesinambungan). Elakkan sikap hipokrat! ...bukan Ramadhan sahaja baru pulun semua, sedangkan bulan-bulan lain selepas itu berkawan dan bermain semula dengan perkara-perkara yang Allah musuhi!

DAN
c. Sebaik-baik amalan adalah apabila Allah terima kita secara total - luar dan dalam, iman dan amalan!"

PERINGATAN: Apabila kita mati, yang kekal hanyalah AMAL dan TAQWA kita semasa hidup.
...Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

PENGAJARAN: Saidina Ali memberikan jawapan secara pemikiran strategik dalam aspek istiqamah. Ramadhan dijadikan papan lonjakan meneroka perubahan.

minda.JUMAAT: bersyukurlah kita...


"Wahai Tuhan yang menolakkan bala bencana!
Ya Allah yang menolakkan bala bencana!
"Ya Rahman! Tolakkanlah dari kami segala bala dunia
dan bala akhirat,
dan juga bencana dunia dan bencana akhirat,
dan juga bencana yang datang dari musuh-musuh,
dan manusia dan jin, dan dari syaitan dan iblis;
dan apa-apa yang turun dari langit DAN KELUAR DARI BUMI.
"Dengan RahmatMu, wahai yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang.
Foto: sumber AP/STAR/BHarian

RAMADHAN...kau tiba lagi!

Bismillah hir Rahma nir Rahim
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Ya Allah, muliakanlah kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku, Tuhanmu ialah Allah.


Kepada pengunjung blog ini, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH RAMADHAN. Semoga amalan-amalan Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lalu, InsyaAllah.

persekitaran YSB(10): EKONOMI

Agak lama siri minda.STRATEGIK berehat... dan bersempena dengan pembentangan Bajet2008, kita sambung bicara aspek yang berkait rapat dengan siri persekitaran YSB.
Masih ingat lagi tentang PEST? ...kita menoleh kebelakang sebentar - sekadar untuk penyamanan minda.
Di siri persekitaran YSB(5) telah dibicarakan tentang POLITIK - P dalam PEST. Faktor EKONOMI merupakan elemen yang amat berkait rapat dengan POLITIK... seperti aur dengan tebing.
Begini cerita mudahnya: Bajet, yang dahulunya di kenali sebagai 'belanjawan' itu adalah apa yang tersurat - aspek ekonomi.... Yang tersiratnya adalah politik!
Politik dan ekonomi adalah dua faktor yang melakar bentuk persekitaran. Baik di negara maju, sedang membangun atau pun dunia ketiga keupayaan sesebuah kerajaan memacu P&E secara langsung mempengaruhi cara berfikir - khususnya pemikiran strategik.
Untuk kemudahan, maklumat-maklumat berikut menceritakan apa yang dimaksudkan di atas:

minda JUMAAT: keupayaan dan bebanan

Seminggu tidak berpeluang menjengok. Tiada entri baru yang dapat dikemukakan... kerana dibatasi di antara keupayaan dan bebanan. Keupayaan dan bebanan itu adalah ujianNya kepada setiap insan. Alhamdulillah, pagi ini diberi kekuatan semula...
Yang pastinya, Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Kita dikurniakan pahala di atas kebaikan yang diusahakan, dan menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya juga.
Maka berdo'a dan amalkan doa berikut:
"Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau menghukum kami dengan azab jika kami terlupa atau tersalah...
"Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau bebani kami dengan bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang terdahulu daripada kami...
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunilah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami...
"Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
Rujuk: Al-Baqarah:286

minda JUMAAT: erti KEMERDEKAAN

Kita disaran bangun untuk solat tahajjud pada sebahagian dari waktu malam (waktu tidur) sebagai solat tambahan - semoga dibangkit dan ditempatkan di tempat yang terpuji (pada hari akhirat) nanti.

dan berdoalah:

"Ya Rabbi! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkan daku darinya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku disisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku".

Semoga 50 Tahun MERDEKA hari ini menjadi lebih bermakna dalam hidup umat Malaysia 50 tahun mendatang! InsyaAllah.

Nota: Rujuk Ayat 79-80 Surah Al-Isra' (17:79-80)

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

klik untuk Lagu Top Masa Kini

kebesaran Ilahi




Diaturkan perjalanan sistem solar alam semesta bersempena Malam Nisfu Syaaban 1428H.

Baca dan lihat lanjut keajaiban alam ciptaan Ilahi ...NASA

Kemaskini: Lihat pula Gerhana Matahari Cincin 26 Januari 2009 DI SINI