Perkataan 'insan' asasnya bermaksud 'pelupa'... Modal pula merujuk kepada sumber perlu untuk melaksanakan sesuatu aktiviti.
Jadinya modal insan itu sifatnya sering tidak kekal. Dilupakan. Tidak dimanfaatkan?
Jadinya, apabila disebut 'pembangunan modal insan' adakah ia membawa maksud proses yang kesannya tidak kekal? Sia-sia? Atau sesuatu yang perlu berterusan?
Mungkin jawapan atau hujah bagi kebanyakan orang akan dimulakan dengan ungkapan "Ianya bergantung kepada..." Mengapa?
Dalam ruang yang terhad, seperti lazimnya persolan yang diajukan bukan untuk saya kemukakan jawapan dari perspektif sendiri. Ia sekadar merangsang minda pengunjung.
Berjimnastik minda di hari Jumaat yang mulia ini... semoga ada manfaatnya, InsyaAllah.
Nota:
Aspek yang dianggap penting dalam pembangunan modal insan adalah kemahiran berfikir - guna menghasilkan idea-idea besar dan strategik dalam menyahut cabaran persekitaran (yang sentiasa berubah)
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]