KPI Dashboard

psioterapi dan pesakit strok

Pengalaman menjalani proses pemulihan atau rehab melalui psioterapi selepas menerima implant ILN dahulu sebenarnya banyak membantu kali ini...

Masih teringat betapa siksanya (dengan kesakitan yang amat sangat, walaupun ketika itu diberikan dadah mofin) dipaksa 'belajar jalan semula' di hari ke-2 selepas pembedahan memasukkan paku titinium (ILN). Di ketika itulah nikmat kebenaran "Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara" ... SIHAT sebelum SAKIT menjelma.

Tanpa disedari (dipanjatkan doa keampunan Illahi), saya memarahi petugas daripada unit psioterapi PMC kerena memaksa saya turun dari katil. Rasanya bagaikan dia mahu patahkan semula kaki itu (gamaknya...)! Sebenarnya proses merangsang semula 'motor otak' itu amat penting selepas setiap kali pembedahan dilakukan. Dan teknologi ILN itu membolehkan pergerakan otot-otot kaki lebih berkesan dilakukan berbanding menggunakan teknik simen (casting, yang memang amat tidak selesa...). Syukur. Alhamdulillah.

Ketika di atas katil hospital, saya mengangis (kerana tidak lagi tahu berjalan...) apabila mengingati ungkapan hadis 'ingat ketika sihat sebelum datangnya sakit' itu... Mainanan syaitan itu segera dinyahkan dari minda. Ingatlah bahawa itu adalah rezeki Allah yang tidak dapat dirasakan oleh orang lain! Itulah ketentuanNYA. Banyak hikmah yang tersirat di dalamnya.

Apa yang menginsafkan lagi diri ini adalah ketika berada di unit psioterapi itu bertemu dengan seorang mangsa kemalangan lebuhraya PLUS (dirempuh trailer ketika berhenti di laluan kecemasan berhampiran Seremban, yang mendapat liputan media - 5 tahun dahulu) - seorang ibu yang telah kehilangan suami dan anak tunggalnya. Masih tenang menjalani proses psioterapi, walaupun kedua-dua kakinya macam lempeng!... Allahhuakbar!

Selepas pembedahan kali ini saya amat teruja sekali untuk dibawa ke Unit Rehab DSH... hari Jumaat lalu. Saya lakukan sesi pagi dan petang, hampir dua jam dihabiskan untuk setiap sesi. Kesakitan bagaikan tidak lagi mempengaruhi ketika itu... ditambah pula dengan poster-poster kreatif yang memberi perangsang di dinding unit tersebut... juga bantuan professional yang diberikan petugas disitu.

Namun... hati ini agak terusik. Simpati dengan beberapa orang pesakit strok yang menjalani proses psioterapi di situ. Kebanyakan mereka dalam usia emas... Saya lantas meninggalkan nombor telefon saya kepada petugas kaunter Unit Rehab DSH. Sekadar menawarkan bantuan yang tidak seberapa - sekiranya ada di antara waris pesakit-pesakit strok itu inginkan rawatan alternatif, KLIK DI SINI untuk mencari PENAWAR STROK secara tradisional, InsyaAllah.

Nota
1. Ada rakan yang bertanya, mengapa sudah patah dua kaki itu pun dikatakan REZEKI?... saya tersenyum. Paling kurang ada tiga rezeki utama...

a. Saya diberikan cuti bergaji penuh 6 bulan. Selama bekerjaya lebih 25 tahun selain dari cuti haji 40 hari, saya sering 'mengabaikan' percutian keluarga... Cuti pun kerana bertugas 'outstation'! Sebenarnya diri kita ini memerlukan 'belaian'. Dan bersikap adillah kepadanya - sebelum terlambat!

b. Mendapat pampasan insuran berkelompok syarikat dan juga perlindungan insuran peribadi (yang premiumnya hanya RM15 sebulan, yang saya ambil beberapa bulan sebelum kemalangan itu), dan

c. Nikmat kelapangan masa, untuk saya mengawaselia kerja-kerja kecil renovation rumah (dari atas kerusi roda) ....