Cuba teka apa benda dalam gambar di atas? Itulah tiub (paku) titinium (ILN) yang berada di dalam tulang tibia (tulang kering) dan plet stainless steel untuk tulang-tulang kecil di atas buku lali (tulang fibula) kaki kiri - yang menemani saya selama 1063 HARI (dari 3 Jun 2005 hingga 30 April 2008)...
Pada 11 Jun 2005, lebih kurang jam 8:00 pagi saya terlibat dalam kemalangan ketika membuat 'demonstrasi' (kononnya) bermain sepak raga bulatan, di majlis Hari Keluarga majikan terakhir saya, TNB. Akibatnya, tulang kering kaki kiri patah dua!...
Dengan teknologi perubatan yang terkini ketika itu, paku titinium itu dimasukkan ke dalam tulang tibia (melalui 'sum-sumnya'...) sebagai 'penyokong' untuk tulang tersebut bersambung semula. Proses pertumbuhan tersebut mengambil masa enam bulan... dan selama itulah bergerak dengan kerusi roda... dan bercuti bergaji (penuh)!...
Dengan kuasa Allah, tulang yang patah dua (patah tebu) itu akhirnya bersambung semula dengan sempurna dalam tempoh sembilan bulan... dan berjalan seperti biasa semula. Alhamdulillah.
Namun, untuk menghindari beberapa kesan sampingan rakan doktor pakar ortopedik menyarankan supaya peralatan tersebut dikeluarkan... kerana 'tugasnya sudah selesai'.
Dan setelah beberapa kali 'ditangguhkan' (takut pun ada... sibuk pun ye...) sejak Februari 2007, akhirnya selamat dikeluarkan pada 30 April yang lalu; melalui pembedahan kecil selama satu jam setengah (berbanding tujuh jam prosedur memasukkannya dahulu). Kini mengharapkan 'luka-luka' sembuh segera (dijangka dalam 2-3 minggu), insyaAllah.
Itulah di antara kebesaran dan rezeki yang dikurniakan Allah kepada saya.
Nota (kemaskini 4 Mei 2008, 5:30 ptg)
1. Paku titinium tersebut, dalam istilah perubatan /ortopedik dikenali sebagai (Tibial) Interlocking Nails, ILN. Saiz yang digunakan untuk rawatan tersebut adalah 10mm (garispusat) x 315mm (panjang)...
2. Gambar sebelah adalah Dr Hj Rozman Md Idrus, A.M. (Mal), MBBS (Mal), FRCS (Glasg), M.Ch.Orth. (Liverpool). Consultant Orthopaedic, Sports & Trauma Surgeon. Proloterapist, daripada Damansara Specialist Hospital - dirakamkan selepas pemeriksaan terakhir di Wad 309, jam 9:00 pagi tadi sebelum dibenarkan keluar...
Dr Rozman juga adalah peminat 'fanatik' F1 - pasukan Ferrari (era kehebatan Shumi...) dan apabila ke kliniknya pasti terhibur (kerana ketika itu juga minat sama) dengan gambarnya bersama pasukan tersebut dan juga berbagai model Ferrari.
3. Selepas menjalani pysioterapi kali ke tiga kelmarin sudah boleh berjalan dengan bantuan tongkat. Dan selepas melengkapkannya untuk kali ke empat 12:30 tengah hari tadi telah 'berani' berjalan semula tanpa bantuan tongkat; Alhamdulillah.
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]