minda.DUBAI 2: kendalian enterprise
Carta di atas menceritakan betapa polisi 'padang pasir terbuka' yang dibawakannya. Baca berita Emirates Today selanjutnya.
minda.DUBAI 1: survival Dunia Arab
Dubai di awal 70an hanyalah sebuah lapangan terbang di tengah-tengah padang pasir yang popular, kerana untuk mengisi minyak... [masih teringat, ketika dalam perjalanan ke London Sept 1976 - muka dan badan berlumuran debu pasir ketika menuju ke bangunan terminalnya... ribut padang pasir!]
Mungkin tidak ramai di antara kita yang tahu tentang pembangunan pesat Dubai pula tidak tahu tentang siapakah arkitek megaCity itu!
Beliau adalah Sheikh Mohammed bin Rashid Al-Maktoum - Naib Presiden dan Perdana Menteri, Emirates Arab Bersatu (UAE). Beliau juga adalah Raja (Pemerintah) Dubai...untuk tujuan n3, selepas ini dipanggil 'Tok Sheikh'.
Justeru itu, dalam kesempatan berada di Dubai untuk 3-4 minggu akan datang, minda.Dubai cuba membawakan aspek-aspek kekuatan pemikiran dan strategi Tok Sheikh.
Sebagai pembuka tirai, ikuti minda Tok Sheikh seperti paparan di atas. Baca lanjut di EmiratesToday
emergency: terpaksa ke Dubai...
Lebih 40 minit, berbaring ...tak boleh lelap. Macam ada yang tak kena...biasanya 5 minit dah belayar!...
Jam 12.10 pagi terima panggilan daripada anak sulung, Izzah di Dubai... keguguran kandungan anak ke tiganya... kini dalam perjalanan ke hospital....
Begitulah takdir Allah. Kami belum tiba masanya lagi untuk menerima cucu ke 4 (dijangka Mei 2008)
Segera ke komputer...cari tiket MAS, Emirates, Qatar... habis semuanya (sampai 2 Nov)!.. lari ke SIA: ada, tetapi 'terpaksa' ambil apa yang ada! Alhamdulillah.
Jadi, KLIA-Spore: 21:45 dan Spore-Dubai: dep 23:35 arr 02:55 (Ahad).
Nota: Sampai di DIA 2.23 pagi, Ahad. Jam 8.30 pagi ke Hospital... Izzah masih lagi boleh 'tersenyum' sebelum ditolak ke OT jam 11.00pagi.
minda.JUMAAT: jangan kalau berkalau...
"Allah sudah mentakdirkan sesuatu, dan Dia berbuat mengikut apa yang dikehendakiNya".
Ketentuan Allah dalam sunnah kejadian adalah hebat. Terdapat berbagai-bagai rahsia dan hikmah di sebalik ketentuanNya. Apakah pengajaran dari hadis tersebut?
Kita diajar supaya tidak berpenyakit 'kalau berkalau'...
"Kalau aku buat macam ini, tentu tidak jadi macam itu..." Perlu dingat bahawa andaian-andaian selepas kejadian itu boleh mengundang dan membuka ruang untuk kita bersekongkol dengan syaitan di atas ketidakselesaan diri, yang ditimpa sesuatu perkara yang 'tidak diingini'. Astaghfirullah! Allahu Akbar!
Buku panduan ringkas 101 Doa dari Hadis-Hadis Sahih dan Al-Quran susunan Ust Zahazan Mohammed ini patut dimiliki sebagai panduan amalan harian kita.
Tafsir Al-Quran beliau setiap 6.30 pagi /diulang siar jam 7.30 malam (Isnin-Jumaat) di Radio IKIM.fM amat mudah dan membantu kita dalam memahami kandungan kitab suci itu.
Semoga maklumat yang dikongsi telah mendapat sedikit panduan, InsyaAllah.
tiru macam Prof Kamil...
Kalau sudah hebat, apa buat pun beliau kekalkan kehebatannya. Dan kalau anda sudah membaca Travelog Hajinya, tentu sekali petikan berikut ini tiada asing lagi... tentu miliknya!
...."Pada penghujung Ramadan, saya bangun di sekitar pukul 2.20 pagi dan berada di Masjid pada pukul 2.40 pagi. Sudah ada yang awal tiba meskipun ia tidak sampai sebelah jari. Saya melalui pengalaman tersebut dengan seribu pengajaran. Pada satu masa yang lain akan saya tulis pengalaman dan pengajaran ini yang mungkin tidak pernah diceritakan di dalam mana-mana buku agama. Khusus untuk mereka yang jahil, fakir dan tercari-cari jalan pulang".
"Saya bertanya kepada diri sendiri - apakah amalan yang menyeronokkan ini hanya khusus pada bulan ramadan semata-mata? Atau secara lebih spesifik: adakah hanya untuk 10 malam terakhir ramadan?"...
Bacalah Kemenangan beliau seterusnya.
Sebagai 'akujanji' ketika menerima TH-MSI di hari pelancarannya, awal pagi kelmarin sempat meninggalkan sedikit catatan dalam inboxnya... yang kemudiannya menjadi sebahagian dari entri-entri Travelog Haji beliau... dan di sini.
Itulah Prof Kamil!
Puan Ainon PTS telah 'mewartakan' beliau sebagai 'Profesor yang lain daripada yang lain'... Jadi, tirulah macam Prof Kamil - dalam penulisan santai...
Dr SMS ke Bumi 6.37 petang ini
MOSCOW 20 Okt. – Esok, seluruh perhatian rakyat Malaysia akan tertumpu di Kazakhstan dan Rusia bagi mengikuti laporan kepulangan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi selepas berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari.
Adalah menjadi harapan semua agar cosmonaut negara itu selamat pulang ke Bumi bersama dua angkasawan lain iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov melalui kapsul Soyuz TMA-10.
Kesihatan beliau ketika ini dilaporkan stabil dan baik serta sudah pun melakukan persiapan untuk menanti detik berlepas pulang ke Bumi.
Segala penyelidikan yang diamanahkan juga telah dilaksanakan dengan sempurna namun ada dua lagi kajian iaitu pengkristalan protein, sel tulang dan sel radangan akan ditamatkan menjelang pukul 4 pagi esok waktu tempatan (8 pagi waktu Malaysia).
Penyelaras Sains Hayat program penyelidikan untuk Program Angkasawan Negara, Prof. Dr. A. Rahman A. Jamal berkata, Sheikh Muszaphar juga telah menyempurnakan penyelidikan hasil kerjasama Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan Agensi Eksplorasi Angkasa Jepun (JAXA).
‘‘Kami, pasukan penyelidik termasuk pihak Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos) dan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang memantau aktiviti Sheikh Muszaphar di ISS amat berpuas hati dengan pencapaian serta keupayaannya melakukan penyelidikan di angkasa.
‘‘Segalanya dapat dilaksanakan dengan baik sekali. Sekalung tahniah untuk beliau,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
A. Rahman berkata, sebagai angkasawan muda, kemampuan beliau melaksanakan penyelidikan di ISS dengan jayanya amat mengagumkan.
Sementara itu, di Moscow ketika ini, delegasi Malaysia termasuk pasukan penyelidik, kejuruteraan aeroangkasa dan perubatan sudah pun bersedia untuk menyambut kepulangan Sheikh Muszaphar.
Kapsul Soyuz dijangka mendarat ke Bumi pada pukul 2.37 petang waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia).----------------------------
Berita pendaratan: contoh liputan Berita Harian 22 Oktober 2007
minda.JUMAAT: kelompok soleh
Untuk memulakan entri setelah seminggu 'berehat', minda.JUMAAT membawakan kepentingan dalam mendapatkan ilmu. Ilmu itu makanan rohani dan amalannya menjadi makanan jasmani. Apabila memiliki ilmu, amalan yang benar dapat dilakukan.
Ayat 83-85 dari Surah al-Syu'ara' Allah telah mengajar kita berdoa untuk tergolong dalam kelompok atau golongan yang soleh:
" Wahai Tuhanku, berilah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.
Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang kemudian.
Dan jadikanlah daku daripada orang-orang yang mewarisi syurga Janatun-Naim."
Justeru itu, mendapatkan ilmu agama (ilmu yang baik) adalah permulaan kepada proses asas untuk mewarisi syurga Allah - setelah melaksanakan amalan terpuji di sisiNya; insyaAllah.
minda.JUMAAT: Allah terlalu hampir
Selasa lalu 27 Ramadhan 1428 (9 Oktober 2007) turut serta meraikan pelancaran buku Prof Kamil di UiTM - "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" (TH-msi)...
Suasana sepi dan sebak menyelubungi Dewan Annexe UiTM, ketika Prof Kamil 'mendeklamasikan' Bab 31 bukunya: "Jamratul 'Aqabah - Mengubah Segalanya!" ... Sungguh menusuk kalbu. Terpancar ketulusan. Penuh kesungguhan!
Pertama AMALAN BERDOA kepada Pencipta - Allah Yang Maha Mendengar, yang TERLALU HAMPIR dengan semua hambaNya. Yang menjadi benteng pemisah hanyalah sama ada 'nak atau tak nak' berdoa!
Kedua-dua elemen itulah adunan kimia yang mantap dan dibawakan secara santai dalam perkongsiaan pengalaman dan pembelajaran beliau di fardhu haji musim 1427H yang lalu...
Nabi Muhammad s.a.w telah secara jelas bersabda dan mengingatkan umatnya: "Doa itu senjata bagi Mukmin". Dan itulah yang digunakan Prof Kamil dalam merobah sempadan masa dan imannya!
Buku travelog haji (pertama serupanya dalam Bahasa Melayu) perlu dimiliki semua. Jadi, beli dan bacalah buku TH-msi... untuk mengetahui kandungannya.
Baca jugalah tulisan Mufti Perlis.... tentang konsep berdoa: "Allah itu terlalu hampir..."
Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk - surah al-Baqarah: 186.
perjalanan Dr SMS ke ISS...
Malaysia ke ISS...hari ini
Doktor bedah ortopedik berusia 35 tahun dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang berasal dari Seremban itu akan berada 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko dari tapak pelancaran Baikaonur Cosmodrome pada pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia).
Selain itu jawatankuasa berkenaan mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu, katanya. Beliau berkata semasa keputusan itu diumumkan, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz serta krew masing-masing turut hadir. Katanya mesyuarat setengah jam itu juga bersetuju supaya Dr Faiz dihantar menyertai misi angkasa bagi sesi 2008/09 dan sementara itu dibenarkan turut berlatih di Pusat Latihan Angkasawan Yuri Gagarin, di Star City, Moscow, Russia.... [Berita lanjut]
salam Aidilfitri...
keberkatan dan keampunanNya;
Bagaimana kebebasan dari Api NerakaNya?
sedangkan tekanan, ujian dan cabaran...
Syawal, kini menghimpit sisa-sisa amalan!!!
Ya Allah, bebaskan kami dari azab api Neraka Mu!
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebagai tanda KEJAYAAN menempuh Ramadhan... Maafkan kami, jika ada tulisan yang mungkin menghiris MINDA
Gambar: Sab2 dan isteri Saripah, bersama cucu-cucu Hana, Redza dan Aishah... Diabadikan ketika diraikan semua anak-menantu sempena ulangtahun perkahwinan ke-30 di 'tepian' Burj al-Arab Dubai 30 Januari 2006.
50 tahun penerokaan angkasa lepas
Perlu di ingat, China selaku 'kuasa besar' baru masih lagi 'tidak dibenarkan' menyertai penerokaan ISS - akibat dari diskriminasi politik dan momok-momok USA dan sekutu-sekutu Baratnya!
Cuba banyangkan penglibatan Malaysia di dalam era penerokaan angkasa dalam tempoh 100 tahun dari sekarang? Ikuti jejak-jejak penerokaan 50 tahun angkasa lepas - kisah kejayaan dan tragedi dalam 'kerakusan' manusia menakluki angkasa raya.
minda.JUMAAT: hamba yang BERSYUKUR
Untuk menghindar diri dari kufur nikmat (yang mana kita akan terjebak dari tidak bersyukur ke atas nikmatNya), kita diajar untuk meneladani dan beriltizam dengan doa para Anbi'a. Salah satu contoh doa yang berkaitan adalah seperti berikut:
"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku; dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu kedalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh"
Doa Nabi Sulaiman, yang diabadikan dalam Surah al-Naml - Ayat 19