Lazimnya, selepas routin santapan pagi minda - slot-slot radio 6.30 pagi tafsir al-Quran di IKIM.fm, 6.45 pagi Bicara Mufti di TV1 dan 7.00 pagi motivasi akhlak di IKIM.fm - beraleh ke TV3 /dan TV1 untuk paparan utama akhbar-akhbar.
Pagi ini agak sesak juga minda dengan berita-berita yang hampir kesemuanya yang dipapar malah diberi ulasan yang agak panjang tentang berita-berita etika buruk... bunuh, bunuh, bunuh! ...serta gejala sosial remaja (yang mana dasar persekitaran untuk itu diputuskan oleh bapa atau datuk remaja-remaja itu sendiri, mungkin?)
Rentetan kisah Mohd. Ashraf Nuraswadi, bayi 10 bulan yang mayatnya ditemui di dalam tali air di Kampung Kubang Berulat, Bachok pagi Sabtu lalu - di mana ibu kandungnya ditahan reman kerana disyakki membunuh bayinya sendiri.
Diikuti Ooi Ying Ying, anak kecil 3 tahun, yang dipercayai telah dibakar dan abunya ditemui di kawasan Perkuburan Cina Paya Terubong, Pulau Pinang - kini ibu kandung dan teman lelakinya ditahan polis kerana disyakki melakukan.
Juga, tidak ketinggalan kisah-kisah dari mahkamah yang menjadi tumpuan semua jenis media sejak 15 hari lalu - tentunya kisah pembunuhan model Mongolia di puncak alam!
Jelas, betapa media kini mendidik masyarakat dengan pendedahan melampau keatas perlakuan-lakuan buruk; yang akhirnya perlakuan serupa itu menjadi kebiasaan (dilihat, didengar, serta tidak mustahil dilakukan!). Adakah semuanya itu sebahagian dari proses perlupusan nilai-nilai insani pemberitaan tidak terancang?
Dalam kesesakan nafas KeKWa untuk cuba kembali menanamkan nilai-nilai murni dalam masyarakat, mungkinkah penggiat-penggiat media serupa itu perlu didedahkan kepada pendekatan Surah Yusof dalam proses pemberitaannya?
Yang pasti ada-adalah jawapan mereka itu!
Dibenak mereka-mereka itu strategi bisnesnya hanyalah... surat khabar laku, TV dapat tarik jutaan penonton!
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]