KPI Dashboard

Minda.JUMAAT: Rejab...

Hari ini 1 Rejab 1429 Hijrah. Rejab bulan latihan... bersiap sedia untuk ketibaan penghulu segala bulan, Bulan Ramadhan - yang pasti tiba dua bulan lagi.

Banyak telah diperkatakan tentang kelebihan Rejab, justeru saya tidak berhasrat untuk mengulanginya. Yang paling penting adalah apakah pengajarannya untuk kita laksanakan, bukan sekadar senaraikan...

Rejab tersimpan didalamnya 1001 hikmah. Paling besar adalah peristiwa Isra' dan Mikraj... Perjalanan Rasulullah dari Masjid Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis dan meneroka alam ghaib di tujuh lapisan langit dengan kebesaran kuasaNYA.

Paparan Isra' dan Mikraj adalah kepentingan perhubungan sesama insan (perspektif mendatar) dan perhubungan makluk dan Pencitanya - Allah (perspektif menegak).

Dari aspek matematik atau hukum fizik, ianya merupakan suatu rajah vektor di mana tindakbalas alam REALITI (Isra') dan GHAIB (Mikraj) itu menghasilkan ILTIZAM (Solat)... Hanya Allah Yang Maha Bijaksana.

Peristiwa Isra' dan Mikraj telah membawa turun perintah Solat... mudah tetapi amat berat sekali dilakukan! Itu sebabnya Rasulullah bersusah payah memohon Rahmat Allah untuk dikurangkan dari 50 kali kepada 5 kali sehari.

Renung-renungkan betapakah agaknya senario akhir zaman sekiranya umat Islam diwajibkan bersolat 50 kali sehari?

sedikit ilmu...

Bengkel 3 hari dalam membangunkan Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) untuk 30 Jabatan /Agensi dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang berakhir 5:00 petang tadi.

Bengkel dianjur bersama Pejabat SUK Pahang dan MPC Wilayah Pantai Timur, melibatkan 120 peserta terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan dan wakil masing-masing. Perasmian Bengkel disempurnakan YH Dato' Mohammad Rizdwan Mohd Tahar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Pahang, Bahagian Operasi.

Semoga sedikit ilmu dan pengalaman yang dikongsi itu dapat dimanfaatkan bersama... dalam merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Pahang untuk mengwujudkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.

selamat kembali...

Selepas empat tahun mengikuti suami bertugas di Dubai, Izzah dan keluarga balik ke Subang Jaya awal pagi tadi....

Redza, cucu pertama kini sudah hampir enam tahun. Sejak lawatan terakhir kami Januari lalu, dia asyik mengira hari hendak balik ke Malaysia. Ternyata seronok bertemu kami (begitu juga datuk dan neneknya...). Lihat keseronokannya dalam lukisan hatinya di bawah ini...

Yang pertama dimintanya adalah untuk ke stesen Shell berdekatan untuk membeli Vitagen... Itulah cara untuk hiburkannya ketika kecil dahulu. Hanya tahu menyebut "cell" dan "gen". "Kat Dubai takde vitagen, takde aiskrim ni..." Celotehnya selepas menikmati aiskrim 'paddle pop cyberion' yang berwarna-warni!


Lain pula adiknya Hana, tiga tahun - cucu ketiga. Kami panggil dia 'mem arab'... Belum sampai pun tiga jam berada di Subang, dia sudah mula merengek emaknya untuk balik semula ke Dubai!...

Namun, malam nanti insyaAllah ke Kuantan untuk program bersama lebih kurang 100 anggota Jabatan /Agensi Kerajaan Negeri sehingga Khamis nanti. Mungkin selepas ini akan kuranglah 'program outstation' saya, untuk sementara waktu....

minda.JUMAAT: didik diri

Pendidikan bermula dalam diri kita sendiri. Ianya adalah suatu proses berterusan yang tiada hujungnya.

Mulakan dengan perubahan-perubahan kecil dan mudah. Perubahan-perubahan sedemikian perlu dilakukan setiap masa. Berterusan. Beristiqamah - dan bukan untuk masa-masa tertentu sahaja.

Sahabat penting dalam pembinaan diri. Nabi Muhammad telah menunjukkan kepada kita betapa pentingnya peranan sahabat. Sahabat sebagai penasihat. Sahabat juga berperanan untuk ingat mengingatkan. Justeru itu, carilah sahabat yang dapat membantu.

Ilmu, kefahaman dan kepakaran dalam sesuatu bidang itu adalah milik Allah. Berdoa dan berzikirlah untuk mendapatkannya, disamping berusaha mempelajarinya. Jadikan buku-buku motivasi sebagai rakan pembagunan diri. Hadirkan juga diri dalam majlis-majlis ilmu sebagai sebahagian dari proses pelembut hati.

Program-program ilmu di stesen-stesen TV dan Radio terpilih juga dapat membantu. Setiap hari ada slot-slot khusus dan bersiri - yang mengambil masa 15 hingga 30 minit... jika mahu!

permulaan bijak...

Program di Port Dickson berakhir jam 1.00 tengah hari tadi... Alhamdulillah. Semoga perkongsian ilmu tersebut dapat dimanfaatkan bersama.

selat melaka...

Jika dua minggu lepas mengendalikan program-program di Kota Bharu dan Pulau Redang... dengan keindahan pantai-pantai Laut China Selatan yang 'ganas ombaknya'. Kali ini di tepian pantai Selat Melaka, Port Dickson... DI SINI

Kami (Azzam & Sabtu, gandingan anak dan bapa) mengendalikan pemantapan pemikiran strategik untuk kumpulan kedua Pegawai-Pegawai Kanan SSM.

Perkongsian ilmu itu akan berkisar dalam aspek-aspek pemantapan 'Visi Bersama' (shared visioning) organisasi.

Secara ringkas ianya merangkumi keupayaan warga kerja memiliki paparan jelas halatuju, pengurusan prestasi dan bagaimana pengurusan sumber (bajet) dihubungkaitkan dengan strategi organisasi itu sendiri.

Alat-alat pengurusan seperti Balanced Scorecard dan Blue Ocean Strategy digunakan untuk memantapkan minda - supaya lebih berfikir secara strategik.

Jumpa lagi, jika berkesempatan.

majlis kawan

Gambar di atas adalah majlis (perkahwinan anak lelaki)
kawan sekolah (SAS) - Dr Sutarji di BBB hari ini.

Beliau adalah pesara TLDM yang berjaya
menamatkan pengajian PhD di dalam bidang
pengurusan strategik di akhir perkhidmatannya.

minda.JUMAAT: bersedia...

Apakah hikmah kenaikan harga petrol? Kalau hendak dicari tentu banyak. Begitu juga sebaliknya!

Setiap kali datangnya 'musibah' yang pasti minda kita akan bertindak segera untuk menanganinya. Mencari yang terbaik dalam menguruskan suasana. Kehebatan minda akan lebih teserlah dalam persekitaran yang penuh ancaman.

Sesuatu 'musibah' akan merangsang minda untuk lebih waras bertindak. Bagaimana itu berjaya dilakukan? Jawapannya mudah! Dan akan dipermudahkan seandainya 'musibah' itu dilihat dengan mata hati. Pandangan penuh keimanan.

Seringkali sesuatu perkara yang tidak disenangi atau secara khususnya mengganggu zon selesa kita akan dikatakan sebagai musibah. Berbeza pula sekiranya bertambah-tambah lagi zon keselesaannya...

Syukur, Jumaat lalu memesan 'kancil' untuk mengimbangi 'gajah' yang ditunggangi ke sana sini sebelum ini. Dan untuk solat Jumaat tadi menunggang kancil ke masjid...

NOTA
1. Saya agak bernasib baik kerana pesanan Myvi tiba dalam tempuh kurang 5 hari. Namun ketika ke pusat jualan di Glenmarie pagi tadi dimaklumkan bahawa tempahan Myvi dan Viva kini mengambil masa dua bulan! Itulah rahmatNYA kenaikan petrol kepada Perodua...

dialog bengkel...

Sesi sebelum majlis dialog bersama
Ketua Pegawai Eksekutif SSM...

kelapa malam...

Dalam kesempatan terhad... selepas sesi malam.
Indahnya persekitaran pokok kelapa
yang bermandikan cahaya lampu...

Pulau Redang...

Kami berkampung di SINI dan diharap saya dapat
memabantu dalam pencapaian matlamat
yang ditetapkan, InsyaAllah.

mind.JUMAAT: modal kesejahteraan

Alhamdulillah, awal minggu ini berpeluang untuk berkongsi sedikit ilmu dengan sekumpulan pegawai-pegawai yang mewakili semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Satu perkembangan yang amat menarik adalah di atas kegigihan YB Dato' Setiausaha Kerajaan Kelantan, dan jentera pentadbiran Negeri dalam membangunkan modal kesejahteraan ... di kalangan penjawat awam Negeri Kelantan, khususnya.

Penerapan nilai-nilai murni dalam sistem penyampaian berteraskan Islam dengan menggunakan alat-alat pengurusan - di antaranya budaya kerja 5S, ISO9000 dan Balanced Scorecard - untuk mengwujudkan Sistem Pengurusan Prestasi yang bersepadu. Tahniah!

Apa dia "modal kesejahteraan" yang saya maksudkan itu?

Secara ringkas ianya meliputi aspek-aspek pembangunan modal insan yang membudayakan Prestasi Cemerlang berteraskan sifat-sifat integriti, kualiti, berdisiplin, ketelitian dan akauntabiliti.

Justeru itu, membangunkan Sistem Pengurusan Prestasi adalah salah satu asas utama dalam membina daya tahan berterusan (sustainability) dalam sesuatu inisiatif strategik yang dilaksanakan.

Nota
1. Bengkel dijayakan oleh Bahagian Integriti dan Kualiti, Pejabat SUK Kelantan dan MPC Wilayah Pantai Timur. Terima kasih kepada En Nik Raisnan Hj Daud, Pengarah (Integriti dan Kualiti) ...yang sedang berucap itu; dan En Nik Mustafa Raja Salleh, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur.

2. Majlis Penutup Bengkel Sistem Pengurusan Prestasi /KPI disempurnakan oleh En Abdullah Md Yusuff, Ketua Penolong Setiausaha (Sumber Manusia), yang mewakili Setiausaha Kerajaan Kelantan.

setahun...


...dan tengah hari nanti bermusafir lagi, kali ini
ke Kota Bahru
sehingga Khamis nanti.

impak global

Analisis global DISINI

"Brussels membunuh kami! Terima kasih"

...dan ini di Indonesia.

Tetapi lain pula di Qatar yang bermandikan
kemewahan...tetapi SAMPAI BILA?