KPI Dashboard

mind.JUMAAT: modal kesejahteraan

Alhamdulillah, awal minggu ini berpeluang untuk berkongsi sedikit ilmu dengan sekumpulan pegawai-pegawai yang mewakili semua Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Satu perkembangan yang amat menarik adalah di atas kegigihan YB Dato' Setiausaha Kerajaan Kelantan, dan jentera pentadbiran Negeri dalam membangunkan modal kesejahteraan ... di kalangan penjawat awam Negeri Kelantan, khususnya.

Penerapan nilai-nilai murni dalam sistem penyampaian berteraskan Islam dengan menggunakan alat-alat pengurusan - di antaranya budaya kerja 5S, ISO9000 dan Balanced Scorecard - untuk mengwujudkan Sistem Pengurusan Prestasi yang bersepadu. Tahniah!

Apa dia "modal kesejahteraan" yang saya maksudkan itu?

Secara ringkas ianya meliputi aspek-aspek pembangunan modal insan yang membudayakan Prestasi Cemerlang berteraskan sifat-sifat integriti, kualiti, berdisiplin, ketelitian dan akauntabiliti.

Justeru itu, membangunkan Sistem Pengurusan Prestasi adalah salah satu asas utama dalam membina daya tahan berterusan (sustainability) dalam sesuatu inisiatif strategik yang dilaksanakan.

Nota
1. Bengkel dijayakan oleh Bahagian Integriti dan Kualiti, Pejabat SUK Kelantan dan MPC Wilayah Pantai Timur. Terima kasih kepada En Nik Raisnan Hj Daud, Pengarah (Integriti dan Kualiti) ...yang sedang berucap itu; dan En Nik Mustafa Raja Salleh, Pengarah MPC Wilayah Pantai Timur.

2. Majlis Penutup Bengkel Sistem Pengurusan Prestasi /KPI disempurnakan oleh En Abdullah Md Yusuff, Ketua Penolong Setiausaha (Sumber Manusia), yang mewakili Setiausaha Kerajaan Kelantan.