KPI Dashboard

selepas sebulan di Cambridge...

Rasanya mereka telah dapat atasi perkara-perkara berkaitan penginapan, persekitaran (mendapatkan sumber makanan-makanan halal) dan budaya tradisi kampus UC (khususnya program LLMnya)...



minda.JUMAAT: sujud dan DAHI

Melaksanakan solat yang menjadi tiang agama hakikatnya, mendatangkan ketenteraman jiwa dan kebahagian hidup, sekali gus terpancar di wajah.

Bagaimana boleh dibuktikan menerusi ayat al-Quran dan sunah Rasulullah SAW?


Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith:

رأس الأمر الاسلام وعموده الصلاة
"Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat" (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam As-Sunan Al-Kubra;
Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih )


Ia juga jika ditunaikan dengan ilmu dan khsuyu'nya adalah menghasilkan rasa kemanisan iman dan ketenangan sebagaiamana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w

حبب إلي من دنياكم الطيب والنساء وجعلت قرة عيني في الصلاة
 "Aku suka terhadap beberapa item dalam dunia kamu, iaitu wangian, wanita (iaitu dalam meningkatkan martabatnya berbanding menjadi barang mainan dan dagangan di zaman Jahiliyah) dan dijadikan ketenangan dan kenikmatanku di dalam solat"( Riwayat Ahmad, al-Baihaqi dan Al-Hakim)

Dipetik dari www.Zaharuddin.net

Pemenang Anugerah AMIN ke-3 (2009) - Lamanweb Islamik Terbaik

minda.JUMAAT: kemurkaan Allah


Saksikan kesan/petanda kemurkaan Allah, untuk kita yang masih 'diselamatkan' darinya...


lambaian Cambridge...

Alhamdulillah, anak ke-3 kami Azlin dan suami Hafiz telah selamat sampai di Cambridge awal pagi tadi (tempatan) - untuk memulakan pengajian Sarjana Undang-Undang di Universiti Cambridge...



petang... pagi Raya

...suasana petang dan pagi Raya 'Idilfitri 1430H
di Kampung Krubung, Melaka...


hati seorang ayah...

Nota: Entri 13 Oktober 2007 ini diulang siar...
bersempena Syawal 1430H


Kasihnya ibu membawa ke syurga...tontonlah hati seorang ibu DI SINI



Benarkah kasihnya ayah semasa berada?

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI, mAAF zAHIR bATIN

minda.JUMAAT: nuzul Al Quran

Allah memuliakan Ramadhan sebagai penghulu segala bulan ialah kerana keistimewaannya melebihi bulan-bulan yang lain.

Bukan hanya ganjaran yang berganda akan diberikan kepada sesiapa yang beramal soleh bahkan juga bulan untuk hambanya mempertingkatkan iman dan taqwa, bulan menyuburkan kesedaran dan keinsafan, bulan untuk kita bermuhasabah diri malah yang lebih utama ialah dalam bulan ini terdapat suatu rahsia yang besar yang hanya berlaku dalam bulan ini iaitu peristiwa Lailatul Qadar dan peristiwa ‘Nuzul al-Quran’.

Apakah pengajaran dari peristiwa Nuzul Al-Quran itu?
Baca DI SINI ketika dalam penantian
malam 17 Ramadhan (Ahad, 6 Sept 2009)

minda.JUMAAT: hakikat puasa...

Ahlan wasahlan Ramadhan al-Kareem!

Justeru, ada baiknya diulangi* perkara yang kebanyakan kita sudah tahu - di atas sifatnya yang utama tetapi dilakukan dalam bulan yang mulia ini. Ia sebagai ulangkaji apabila mula melangkah ke madrasah Ramadhan... KELAS LATIH TUBI, setahun sekali!

Menurut Ibn
Qudamah al-Maqdisi, hakikat puasa PERLU DIZAHIRKAN, iaitu:

PENGLIHATAN: merendahkan pandangan dari melihat sesuatu yang ditegah dan boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah;

LISAN: lidah perlu dipelihara dari berdusta, mengumpat, memfitnah dan sebagainya;

PENDENGARAN: menahan pendengaran dari mendengar perkara dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan - haram juga didengar!

ANGGOTA LAIN: menahan seluruh anggota badan seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya dari melakukan maksiat seperti mencuri, melangkah ke tempat-tempat maksiat, makan dari hasil yang haram dan lain-lain;

HATI: setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima Allah PERLU MENGHIASI IBADAH PUASA...

|*Sumber: Petikan dari majalah SOLUSI Isu No. 10, Telaga Biru Sdn Bhd|



NOTA
Dalam konteks kehangatan kempen PRK DUN Permatang Pasir sekarang, sewajarnya ia menjadi kempen pilihanraya paling bersih! - kerana kedua-dua calon adalah di kalangan orang Melayu (Islam)... Namun mampukah mereka?

500 tahun...

2011 – Melayu Tumpas?

“Berpegang teguhlah kamu kepada agama Allah secara kuat dan janganlah kamu bercerai berai. Dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu, ketika dahulu kamu bermusuhan, lalu Allah persatukan hati kamu, sehingga kamu menjadi bersaudara kerana nikmat-Nya dan kamu waktu itu berada dipinggir jurang neraka lalu Dia selamatkan kamu dari jurang itu. Demikianlah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya, mudah-mudahan kamu terpimpin kejalan yang benar.”
– maksud ayat 103, Surah Ali-Imran.

Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.

Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat.

Bersatu teguh, bercerai roboh.

There are no mistakes in life, only lessons. But if you don’t learn from those lessons then it will be a mistake – Anonymous.

Tatapi senario 500 Tahun SELEPAS Kejatuhan Empayar Melayu Melaka
DI SINI - dipetik dari blog Hidup Tuah!

.

minda.JUMAAT: pergi tak kembali...

Tanggal 13 Ogos 2009, Ustaz Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung. Beliau pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri.

Semoga roh allahyarham dicucuri RahmatNYA.. Al-Fatiha
h



PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi



Kali terakhir berkomunikasi dengan al-Marhum Ustaz Asri adalah awal bulan Julai lalu apabila beliau memaklumkan di facebook saya yang album beliau 'Keberkatan Ma'thurat' telah berada di pasaran... berikutan dari saranan saya sebelum itu untuk beliau terbitkan.

Entri terakhir di facebooknya adalah kelmarin (Rabu): "... VCD konsert maulidurrasul sudah terbit..."


Semoga roh dakwah melalui nasyid dan bahan /harta intelek beliau akan menemani al-Marhum di alam sunyi dan sepinya kini... Al-Fatihah.


Kemaskini: 15 Ogos 2009
video saat-saat cemas perjalanan terakhir beliau...





...dan khazanah-khazanah dari kemersikan suara al-marhum
serupa ini
akan tetap menjadi tatapan umum di TV
(khususnya setiap petang jam 7:00 malam di Astro Oasis)



.

minda.JUMAAT: soal hati (3)

ulangi soal hati |1| ...|2|


Pastinya akhirat dicari,
cari dahulu ubatnya hati.

Ubatnya hati mudah sekali,
ikut amalan dirinya sufi.

Amalan sufi amalan hati,
cucian bermula di kitab suci.

Kitab suci petunjuk diri,
berpuasa mendidik hati.

Hati dididik di dini hari,
qiamulail luluhan hati.

Hati yang luluh mudah insafi,
muhasabah diri hindari rugi.

Rugilah manusia serugi-rugi,
jika ilmu tidak didekati.

Dekati ilmu dekatkan hati,
si alim itu pewaris Nabi.

Pewarisnya Imam Shafii,
mata hatinya kurnia Ilahi.

Mata hatinya kurnia Ilahi,
darjat tingginya terus dikaji.

Tingginya makrifat Imam Shafii,
manusia hidup katanya mati.

Hidup itu katanya mati,
bernafas tetapi hatinya mati!

.