minda.JUMAAT:...kena kejar!
Dalam kita melayari kehidupan sebagai seorang Muslim, lima perkara yang (kita patut dan) kena kejar; iaitu:
1. Hidayah Allah,
2. Kesihatan,
3. Pencarian harta,
4. Akal yang sihat, dan
5. Kebahagian akhirat.
Saya tidak bercadang untuk menghuraikan satu per satu untuk entri kali ini, kecuali sentuh sedikit hal pencarian harta. Pencarian harta (kekayaan di sisi Allah) adalah sekadar jalan atau means untuk mencapai matlamat akhir kehidupan (iaitu mengejar kebahagian akhirat).
Kekayaan tidak hanya terhad kepada wang ringgit. Ianya meliputi juga di antara lainnya ilmu, tingkah laku dan budi bahasa... Justeru itu, dapat diperhatikan betapa ramai manusia yang kaya dengan 'kebendaan' tetapi muflis dunianya (di sisi Allah) dan mungkin lebih teruk lagi agaknya di akhirat!
Kekayaan perlu diimpakkan dalam kadar dan ruang-ruang yang diredhaiNya - kepada yang berhak. Mungkin pengunjung dapat mengamati mengapa 'pencarian harta' itu berada di tengah-tengah dalam urutan lima perkara yang kejar di atas!
Nota: Mungkin entri DI SINI dan juga DI SINI dapat memberi pembayang kepada natijah pengamatan di atas.
Tok Sheikh lagi..
Bersempena dengan suasana menyambut Maal Hijrah 1429, saya ingin membawakan kisah realiti kepimpinan yang berwawasan dan berpandangan jauh... dari Dubai.
Saya memang berminat dengan pemikiran strategik Naib Presiden, Perdana Menteri UAE dan Pemerintah (Raja) Dubai... ringkasnya kita panggil Tok Sheikh. Di sebalik kehebatan pembangunan yang dapat dilihat sekarang, beliau sekadar berkata: "...apa yang anda lihat sekarang hanyalah 10% impian sebenar saya!"
Baca lanjut liputan akhbar tentang kepimpinan beliau... minda Tok Shiekh sempena dua tahun menerajui UAE sebagai Naib Presiden dan Perdana Menterinya.
Kepada pengunjung-pengunjung baru, mungkin ada baiknya singkap-singkap kisah pemikirannya dan pembangunan Dubai, yang dibawakan sebelum ini.
Nota: Ketokohan kepimpinan seseorang itu, salah satu yang utamanya terletak kepada betapa jauh pandangannya dalam memakmurkan Negara dengan mempelbagaikan kekuatan sumber-sumber Negaranya. Malaysia kita di mana?
08108, 5-Series
Dan bersempena dengan ulangtahun pertama era baru itu, ingin berkongsi beberapa peristiwa yang tidak dirancang - tetapi yakin ianya perancangan Allah yang Maha Mengetahui akan isi hati hamba-hambanya yang sentiasa memohon dan terus menaruh harapan yang tinggi...
...sebelum itu tatapilah gambar-gambar di bawah ini (khususnya wajah sebelum memasuki era 5-Series tu)
Yang utamanya nikmat kesihatan: Alhamdulillah, kini 'makhluk darah tinggi' (yang terkawal) sejak lebih 15 tahun menemani diri, kini telah menghilang diri...Tidak pernah 'majlis kesyukuran harijadi' diadakan awal (kali ini seminggu awal)... begitu juga insan istimewa yang baru dikenali melalui laman blog menghadiahkan tanda kasih mesranya lapan hari lebih awal...
Melalui perjalanan jauh di harijadi... (itu sebabnya juga entri ini dipublish 8 jam lebih awal) - InsyaAllah bertolak ke Dubai jam 02:10pagi 8 Januari...
[Update: 12:45pagi (WifI KLIA)..Sebelum bertolak ke KLIA, sempat juga Aisyah (cucu ke-2) nyanyikan lagu untuk datuknya, dan beri kad...makan kek aiskrem yang dibeli Mak Busunya]
Sebagai menghargai hadiah Saudara J&J, baju kotak-kotak merah hati itu saya pakai untuk perjalanan ke Dubai - moga-moga membawa keberkatan tujuan perjalanan... pandai betul J&J memilih saiz dan corak-warnanya!
Di UAE, 8 Januari 2008 adalah juga bersamaan 1 Muharram 1429...(rujuk di sini). Jadi kami menyambut Tahun Baru Hijrah di Dubai kali ini...Dan keesokan harinya (9 Januari) pula merupakan hari penentu 'era baru peringkat ke-2'... [sebab utama mengapa saya ke Dubai kali ini]
[bersambung apabila tiba di Dubai...]
Update: 10:00 pagi (Dubai): Sampai Dubai (rumah Izzah) jam 7:00 pagi (11:00 pagi M'sia). ...Nampaknya winter kali ini agak sejuk ...8-12deg C, berserta hujan dan angin di awal pagi.
Selepas mengemas diri, kami bersarapan pagi anak beranak: nasi lemak sambal tumis ikan bilis dan ayam goreng telah tersedia sebelum kami sampai lagi... berserta kek yang dibuat sebelah malamnya. Apa lagi dua orang cucu tu - Redza dan Hana - menyanyikanlah 'lagu happy besday' untuk atuknya... maklumlah sudah dapat bermacam-macam jenis buku dan makanan kegemaran mereka yang dibawakan nenek katakan!
minda.JUMAAT: menangani stress
Maksudnya: "...cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)."
apabila berhadapan dengan suasana yang menakutkan atau ketika kita menghadapi tekanan perasaan (stress), insyaAllah.
Nota: Mengikut Imam Al Bukhari, bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir dibaca Nabi Ibrahim sebelum dicampakkan ke dalam api... dan ternyata baginda diselamatkan Allah dari rentung di dalam maraknya nyalaan api tersebut!
malam pertama...
Saudara Jas@Kassim Selamat dan Saudara J@uncleJ merupakan bloggers yang terlalu intim! Bila berkomunikasi saya panggil mereka J&J sahaja... Mereka memiliki peminat siber yang ramai... dengan aura 'guna-guna' mereka yang tersendiri!
Nota (kemaskini, 6:00 ptg; 010108):
a. Dengan ini 'terbongkarlah' identiti uncleJ tu (dan akan naik lagilah saham blognya!)... sori braderrr!
b. Kasim Selamat kata tajuk N3 ini 'suspen' ...sebab lagu inai dijarinya masih lagi 'menghantuinya', haaaa haaaa haaaaaa! (memang suspen juga kerana ada teka-teki perakaunan: cuba selesaikan mengapa 30.01 = 32?) - J&J dilarang menyertai teka-teki ini!
nasi gunting, asam pedas
Namun kisah ringkas tetapi signifikan ini dipaparkan sebagai kemuncak cross-entry sejak sumber.INOVASI.intelektual dilahirkan: Sabtu, 9 Jun 2007, jam 1:30 tengahari...
Signifikannya dunia siberku kini...melalui nasi gunting, asam pedas - sebagai contoh... dalam melayari baki-baki hidup yang Allah kurniakan! ...kearah MEMANDAIKAN BANGSA.
Alhamdulillah, Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
jimnastik minda
Apa yang ingin dikongsi di sini adalah kekentalan semangat usahawan tersebut dalam mengharung beberapa tempoh 'pusingan merudum' persekitaran bisnes yang di luar kawalan. Juga, betapa sokongan ahli keluarganya ketika mereka diperlukan. Apa yang jelas beliau benar-benar belajar dari 'kegagalan' yang dialaminya.
Lebih menarik, dalam tempoh 3 tahun yang lalu isteri dan 3 anaknya meninggalkan jawatan eksekutif masing-masing (di syarikat-syarikat gergasi negara dan MNC) demi survival bisnes yang telah dibina di atas keringat yang membawa berkat.... sebagai sebahagiaan dari pengurusan penggantian terancang.
Ditanya apakah matlamat akhir bisnesnya?
Jawapannya mudah dan ringkas... "Mencari keredaan Allah"
[...dan bercita-cita membina sekolah dan hospital yang memberi manfaat kepada pekerjanya dan mereka-mereka yang tidak berkemampuan]
minda.JUMAAT: adab berdoa
Namum, yang paling asasnya Allah telah mewahyukan seperti berikut:
"...Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas;
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan berharap (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya..."
Petikan maksud dari Surah Al-A'raf [7:55-56].
Nota: Lihatlah betapa hebatnya susun atur kalimah Tuhan dalam menggariskan 'DOs & DON'Ts'. Subhanallah, walhamdulillah, Allahu Akbar!
gerai asam pedas...
Kemudahan googleEarth dapat membantu kita menunjukkan lokasi melalui satelit... seperti juga fungsi GPS pada telefon bimbit.Contoh di atas adalah imej satelit kedudukan Lot 85 (bukannya Gerai 38), Durian Daun Melaka - dari kedudukan Masjid Negeri...khusus untuk Prof Kamil dan semua peminat asam pedas Melaka (paling enak jika daging tetel yang kaya dengan kolestrol itu...)
Edisi kemaskini (31 Disember 2007):
...baca, baca dan bacalah!
Betapa 'kisah nasi gunting' menjadi penghubung dan ikatan kasih sesama insan yang ikhlas...
Betapa anugerah dunia siber dan kemudahanya mendidik hati-hati insan kamil...
laut biru lagi...
Dua Profesor daripada INSEAD itu memperkenalkan BOS dalam tahun 2005, melalui penerbit Harvard Business School sebagai strategi pemasarannya... Dua konsep yang diperkenalkan mereka adalah:
a. How to create UNCONTESTED market space
[Bagaimana mengwujudkan pasaran TANPA SAINGAN]
b. Make the competition IRRELEVANT
[Jadikan saingan TIDAK RELEVAN]
Tertarik dengan entri Puan Sifu PTS tentang Nabi Muhammad dan BOS Ikuti juga ulasan-ulasan dari entri strategi laut biru Ahad lalu.
manifestasi haji
Ingin berkongsi intipati ilmu dari kuliah subuh Ahad lalu..."...berkasih sayang kerana Allah,
benci kerana Allah; dan
memberi kerana Allah,
tidak memberi kerana Allah;
itu adalah tanda-tanda kesempurnaan iman..."
Pengorbanan Nabi Ibrahim adalah manisfestasi kehebatan kasih sayang kepada Allah. Justeru itu, ibadat haji merupakan suatu proses ingatan di atas kejayaan ujian besar baginda menentang syaitan laknatullah.
Larian Safa dan Maruah Siti Hajar adalah kekuatan dalam menjayakan misi suaminya. Hijr Ismail, lokasi Siti Hajar dimakamkan sebagai mercu tanda kehebatan seorang ibu mendidik anaknya.
Dan peristiwa korban itu adalah kisah kejayaan suatu institusi keluarga, yang mencernakan kecemerlangan dalam BERSEGERA dan KESUNGGUHAN untuk melaksanakan perintah Allah.
menuju Arafah
Sama ada seseorang itu dijelmakan sebagai seorang insan kamil atau tidak banyak bergantung kepada episod-episod Hari Arafahnya... terlalu banyak untuk diceritakan! Namun, kisah-kisah Bab 27 hingga 32 yang dipaparkan Prof Kamil di Travelog Hajinya sudah pasti mengetuk pintu hati... walaupun telah 16 tahun berlalu...
Begitulah keajaiban kurniaan Allah. AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar!
Saksikan perjalanan jemaah haji menuju ke Arafah melalui GoogleEarth... Subhanallah!
strategi laut biru
Di majlis penutup program, Tuan Pengarah ILIM di antara lainnya menekankan betapa perlunya ilmu pengurusan strategik dipelajari dan didalami. Ianya perlu agar penjawat- penjawat awam yang bertanggungjawab dengan penggubalan dan pelaksanaan dasar yang berkaitan Islam tidak 'perlekehkan'... Satu kenyataan yang terus dan telus!
Program tiga hari itu telah menjalin pengalaman baru berkaitan Pengurusan Strategik dan Kepimpinan, dari perspektif Islam dengan merujuk kepada model-model pengurusan barat. Apa yang membuatkan saya teruja adalah keinginan peserta untuk memahami tentang Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy).
Itu satu perkembangan yang amat baik [?]. Malah, ada pihak yang bertanggungjawab di sebuah negeri telah menekankan supaya semua penjawat awam negeri tersebut dibekalkan dengan ilmu BOS itu... al kisahnya.
Apa dia sebenarnya BOS itu? Bagi saya ianya merupakan suatu 'penemuan baru' keatas ilmu pengurusan lama... yang diperbaharui semula!
Dalam konteks pengurusan organisasi khususnya, ada beberapa kaedah dan model pengurusan yang BOLEH dan TIDAK BOLEH digunapakai. Pilihan itu bergantung kepada persekitaran dan bisnes masing-masing. Justeru itu, apa yang penting adalah untuk memahami konsep ilmu itu sendiri... supaya tidak terperangkap dengan 'penjual surat khabar lama'!
Untuk kita faham BOS, kita juga perlu faham apa dia Red Ocean Strategy (ROS) dan beberapa model pengurusan strategik yang lain. Kepada yang berminat, kunjungi entri lalu DI SINI.
Ikuti juga kritik terhadap BOS Ocean Strategy, Red or Blue, belongs in the Dead Sea! ...untuk memantapkan kefahaman. Sebenarnya dalam pengurusan, tidak ada konsep atau model yang 'salah' atau 'betul'. Ianya bergantung kepada apa matlamat organisasi dan persekitaran bisnesnya, seperti yang dinyatakan di atas.
minda.JUMAAT: cahayaMU...
Baru sahaja selesai mengikuti ulasan buku secara live Prof Kamil di radio IKIM.fm... seperti biasa, slot 45 minit terakhirnya (9:15-10:00 malam) yang diberikan kepada Prof Selebriti kita itu dimanfaatkan sepenuhnya. Penuh perasaan, ketulusan dan semangat untuk berkongsi hasil tulisan Travelog Haji nya... yang sedang meletup letup tu!... minda.Jumaat pernah membuat ulasan khasnya; yang juga merupakan intisari perbualannya tadi... dan catatan selebriti itu pula di SINI.Kali ini dibawakan kisah kejayaan seorang usahawan wanita, yang menjadikan doa sebagai teras keusahawaannya; dipetik dari buku ke-2 Puan Norlela Zubir. Beliau yang dimaksudkan adalah Puan Hajah Faizah Bawimi Sayed Ahmad tauke 'Beras Faiza' yang sinomim dengan program realiti TV3 Bersamamu.
Apabila selesai sahaja solat dhuha, yang dilakukan hampir setiap hari beliau akan berdoa:
"...Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktuMU,
Cahayanya adalah cahayaMU,
Kekuatannya adalah kekuatanMU,
Ya Allah, sekiranya rezekiku di langit, turunkanlah;
Sekiranya rezekiku berada di dalam bumi, keluarkanlah;
Apabila ia jauh, dekatkanlah;
Apabila ia dekat, permudahkanlah!
Dengan kebenaran dhuhaMU, cahayaMU, kekuatanMU dan kesucianMU!..."
PENGAJARAN: ...doa sahaja tanpa mengabdikan diri kepadaNYA mungkin tidak cukup.
PERADUAN senyum minda...
Setelah seseorang menasihati, di atas perasaan bertanggung jawab untuk tidak 'menjenakan' sesuatu bangsa (dalam bentuk apa sekali pun) dan selaras dengan aspirasi blog ini untuk MEMANDAIKAN BANGSA:... dukacita diumumkan bahawa:Saya dengan ini berterima kasih kepada rakan-rakan pengunjung yang memberikan respon yang menggalakkan dalam tempoh 12 jam ia dibuka. Dirasakan bukan kerana tawaran tiket AirAsia itu...tetapi di atas dasar ingin menceriakan lagi kunjungan di sumber.INOVASI.intelektual.
Terima kasih khas kepada Puan Sifu dan Prof MKI, juri peraduan... Juga kepada rakan istimewa KS dan uncleJ... yang telah mempromosikan PERADUAN senyum minda...
Namun, tawaran 4 tiket AirAsia itu masih disimpan (sehingga 10 Disember 2007) jika KS dan uncleJ dapat mengadakan peraduan yang sesuai untuknya?







