Bising mercun masih kedengaran lagi di petang Tahun Baru Cina - Tahun Naga, walau pun malamnya bak berlaku serangan hendap! Jiran-jiran Cina di kampung boleh di kira sebelah tangan sahaja. Mereka adalah keluarga 3 buah kedai runcit...
Selepas Isyak rombongan pengantin lelaki termasuk kumpulan kompang remaja kampung menaiki Bas Tuah menuju ke Kampung Krubung. Bas panjang yang disewa itu mesti dipenuhkan tempat duduknya!. Itulah saja kenderaan rombongan pengantin malam itu.
"Karung bunga api buloh tu jangan tinggal!" Jerit Mat Dehra kepada anak-anak buah kompangnya.
Majlis aqad nikah dijadual lepas sepuloh malam. Pengantin lelaki dikenakan pakaian 'broket' keemasan. Paklang Mat Li dan Mat Dehra tukang-tukang andam yang mengiringi.
Panas! Rimas! Dalam benaknya hanya melancarkan lafaz untuk 'menyambut' lapaz nikah Pak Imam... Sepanjang perjalanan 10 batu itu pengantin lelaki hanya diam terpaksa!
Bas berhenti di tepi jalan dekat sekolah. Rombongan berjalan menuju ke rumah pengantin perempuan dalam kegelapan malam... yang disambut dengan lampu 'gasoline' yang dikandar dua pemuda memandu jalan.
"Nanti engkau orang jangan pulak main kasau bila mereka ajak berlawan kompang!" Mat Dehra mengingatkan anak-anak buahnya, sambil menggenyeh tembakau sentilnya di mulut... sekadar ingin memecahkan kesunyian malam - walau pun sekali sekala terdengar sayup-sayup bunyi mercun....

Catatan di atas adalah muqadimah malam majlis pernikahan kami 34 tahun lalu, mengikut kalender Cina...yang disempurnakan sekitar 11:00 malam!
Tarikh itu adalah 30 hari mendahuluinya mengikut kiraan kalender Islam hari ini (29 Safar 1431H - 28 Muharram 1397H). Baca entri 30 Januari... seterusnya.
Nota:
i. Semoga roh-roh Paklang Mat Li dan Mat Dehra di cucuri rahmatNya.
ii Di kampung dan sekitarnya ramai yang bernama Muhamad atau Ahmad. Jadi gelaran-gelaran seperti Mat Longkang, Mat Lopong, Mat Kerbau, Mat Kuda dan seumpamanya menjadi pengenalan, berdasarkan pekerjaan masing-masing - alkisahnya!...