KPI Dashboard

minda.JUMAAT: tawaduk

minda.JUMAAT yang lalu ada disentuh tentang menutut ilmu. Dan kali ini ingin menyambungnya sedikit lagi aspek yang berkaitan dengannya.

Lumrah atau sifat semulajadi manusia akan cenderung dan menganggap dirinya "besar" apabila memiliki salah satu dari dua perkara berikut atau kedua-duanya sekali!...

PERTAMA
Merasakan dirinya cukup serba serbinya.

Contoh yang dikemukan Al-Quran adalah perihal buruknya perangai Qarun. Beliau dengan bongkaknya menyatakan bahawa harta yang dimiliki itu adalah USAHA dan ILMU yang ada padanya!

Rujuk ayat 78-79, Surah ke-28 al-Qashash:

"...Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu
kerana ilmu yang ada pada ku...
Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegegahan."

KEDUA
Sombong dengan kuasa yang ada sehingga melampui batas.

Namrud dan Fir'aun adalah termasuk di bawah kategori ini. Kisah Fir'aun dan dakwah Nabi Musa kepadanya adalah di atara kisah yang paling banyak diceritakan di dalam al-Quran. Yang tentu sekali ada signifikannya kepada manusia.

Allah berfirman dalam Surah Taahaa (20), ayat 79:
Dan Fir'aun telah
menyesatkan kaumnya
dan tidak memberi petunjuk.


Perlu diingat bahawa kebesaran itu hanyalah milik Allah. Al-Kabir iaitu Yang Maha Besar adalah salah satu dari 99 nama Tuhan, Asmaulhusna. Dan manusia itu tidak punyai hak untuk mengakui kebesaran diri. Manusia itu sama.

Yang perlu dalam pendidikan hati adalah keupayaan kita membina rasa rendah diri, iaitu sifat tawaduk. Tawaduk adalah kesedaran akan kedudukannya yang sesungguhnya di sisi Allah.

Nabi Muhammad (SAW) pernah berkata:
"Sesiapa yang rendah hati,
Allah akan mengangkatnya
dan sesiapa yang takbur,
Allah akan merendahkannya."