Bersimpati dengan Irfan Khairi, berkaitan pendedahan PhD palsu... Namun beliau bijak dan telus dalam membela survivalnya!
Sebelum ini, hanya sekadar lintasan tomahan Si Anu..., Si Anu.... sahaja. Sebenarnya saya tidak berminat langsung (mengikutinya, yang dikatakan tersebar luas di alam maya).
Untuk makluman, saya juga masih lagi menyimpan 'surat tawaran' untuk dianugerahkan ijazah PhD (yang kononnya dari universiti di USA 3 tahun lalu, di atas dasar "sumbangan kerjaya" saya...) .
Bidang Perunding Latihan menjadi minat dan kini ianya telah mula mengisi ruang-ruang masa 'persaraan' saya sejak Januari 2007. Berminat denganya kerana ingin berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman yang ada (kepada yang memerlukannya). Hampir separuh tempoh 27 tahun kerjaya saya terlibat dengan aktiviti-aktiviti berkaitan.
Ikuti kisah Irfan Khairi:
"Beberapa minggu lepas kes penggunaan PHD palsu oleh beberapa motivator didedahkan di dada akhbar oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).
Dukacita, ada pula suara-suara yang mengatakan saya adalah antaranya yang membeli/menggunakan PHD palsu. Ada juga isu ini pernah dibangkitkan satu masa dulu, tetapi, saya sering mengambil pendekatan bersabar dan biarlah sesiapa sahaja membuat apa sahaja spekulasi mengenai saya." Baca SETERUSNYA
NOTA (kemaskini setakat 30 Jun 2008)
1. Sebenarnya tiada jalan pintas untuk membangunkan jenama diri, khususnya di dalam bidang perunding latihan (trainer). Masih ingat tip yang diberikan Dato' Dr Fadilah Kamsah lebih 5 tahun lalu: "Bidang ini perlukan pengorbanan. Kita perlu banyak memberi terlebih dahulu, sebelum mula diberi (bayaran yang layak...).
2. Baca juga entri menarik Puan SifuPTS "Tsunami Bisnes Training..." khususnya yang ingin melibatkan diri dalam sektor Perunding Latihan.
3. Ini pula salah satu n3 berkaitan PhD-mudah beli, yang disentuh FadliYusof. Beliau adalah Setiausaha Kehurmat, Jawatankuasa Penaja TAMRIN.
4. Dan ini pula rangkuman berita motivator dan PhD palsunya dan n3 khususnya daripada Kamal Affandi yang diusahakan Zamri Mohamad
5. Puan SifuPTS pula mendesak pihak Kementerian Sumber Manusia bertindak!
6. Ada baiknya juga saya sertakan tip IrfanKhairi berkaitan membina jenama DI SINI
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]