11 Julai kami meninggalkan Cambridge dua jam sebelum bermulanya perlawanan akhir WC10 di antara Spain dan Holand... Destinasi akhir adalah Masjid Nabawi dan Baitullahi Haram yang di rindui...
Penerbangan dari Heathrow London ke Dubai mengambil masa 6.5 jam Kami tiba Dubai 8:00 pagi keesokan karinya. Menunggu satu-satunya flight ke Jeddah 4:30 ptg. Namun, persekitaran Terminal 3 Dubai membuatkan 8 jam itu dirasakan tidak lama!
Sampai Jeddah 6:30 ptg. Urusan imigresyen dipermudahkan. Jam 8:00 malam kami menaiki teksi ke Madinah (Teksi sapu 'ada kelas'... bukan pilihan kami sebenarnya, tetapi diaturkan pihak yang menyambut kami)... Ia suatu pengalaman baru! Rupa2nya pemandu teksi itu adalah "pemandu F1" ...agaknya sebab saya minat sangat dengan sukan F1 he he he... )
Perjalanan yang selalunya mengambil masa di antara 6-7 jam itu hanya jadi 4 jam! (termasuk berhenti makan setengah jam...) Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami itu.
Selepas membersihkan diri terus menunaikan solat Isya' dan Maghrib serta ZIARAH makam Rasulullah... dan tunggu hingga solat Subuh.
Subhanallah! Hebatnya tenaga yang diberikan Allah ketika itu! Alhamdulillah, kami sempat berada di Madinah 3H2M sahaja.
|Nota: n3 ini dibuat pada 23Jul|
Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]