KPI Dashboard

Berwakaf itu mudah!

Berwakaf kini mudah dan dipermudahkan. Lihat DI SINI juga DI SINI - betapa mudahnya Prof Muhd Kamil dan Roza mewakafkan rumah mereka kepada PERKIM Segamat, apabila mereka berhijrah ke Madinah 7.9.11 nanti.

Gerhana 16 Jun 2011

Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh  Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh  gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama - Baca lanjut DI SINI

Proses /dan perjalanan gerhana tersebut disiarkan LIVE dari Google /YouTube

CCU

Kami cemas seketika petang semalam, sekitar 6:00 petang, apabila Dato' Setia Dr Anuar dengan tegas mencadangkan agar isteri menjalani prosedur coronari angiographi - serta merta! 

Alhamdulillah, sekitar jam 10:00 malam, kami tiga beranak dipanggil ke dalam makmal - dan mengesahkan tiada yang perlu dibimbangkan! Tiada blockages yang dikesan. Namun semalaman dipantau rapi di CCU SJMC. Dan jam 11:00 pagi tadi dibenarkan keluar.

Uzlah JBSB

Alhamdulillah, di akhir Uzlah Pengurusan tersebut mereka menetapkan 
"MEMBINA KEYAKINAN" sebagai Halatuju Strategik 2011-2025

Allah Lebih Menyayanginya.. Al-Fatihah

Allah Lebih Menyayanginya.. Al-Fatihah
by Sabtu M Ali on Friday, April 29, 2011 at 10:13am

Alhamdulillah, jenazah cucu ke-6 kami (anak ke-3 Azzam/Liza) sempurna disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 Subang Jaya jam 6:05 petang semalam (28 Apr).

Bayi 36 minggu itu disahkan meninggal dunia 'mengejut' dalam rahim ibunya kelmarin. Sesungguhnya, Allah lebih menyanyanginya dan Maha Mengetahui akan ciptaanNYA. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan hambaNYA yang dirahmati dan mendapat limpahan kasih sayangNYA... dan akhirat nanti berupaya menumpangkan anugerah yang dikurniakan, kepada ahli keluarganya insyaAllah.

Terima kasih kami kepada rakan-rakan qariah Masjid Darul Ehsan Subang Jaya serta ahli kelurga yang menziarahi/ bersama-sama menguruskan jenazah; tidak ketinggalan juga doa dan sms/ ucapan taziah daripada rakan fB.

Salam, hjSab2

Jahiliyyah Modern

Jahiliyyah bermaksud "sesat atau jahil". Asalnya ia dimaksudkan kepada masyarakat jahiliyyah di semenanjung Tanah Arab yang hidup 1500 tahun dahulu sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W iaitu masyarakat yang mundur dari segi pembangunan, akhlak dan sosial ditambah pula dengan sikap keangkuhan, kesombongan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan. Dengan ketiadaan Nabi dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk, mereka menjadi sesat, jauh daripada jalan kebenaran dan tiada sistem hidup yang menjamin kebahagian. Inilah asal bentuk masyarakat jahiliyyah.

Cemburu

Erti CEMBURU bagi Si Kecil - Zahra dan Rayyan!

Marahnya Merapi

Ketiga-tiga gambar ini berupaya menceritakan segala...

Enam bulan lepas kami ke Jogja, dan Gunung Merapilah yang menjadi destinasi pertama selepas singgah makan tengahari kampungan di pejalanan.

Diceritakan letusan Merapi 2006 adalah yang terburuk... namun rupa-rupanya letusan yang bermula sejak 26 Oktober lalu (bersama gandingan tsunami) masih belum selesai sehingga kini!

Begitulah siri-siri qiamat kecil untuk diambil pengajaran. Betapa debu yang beterbangan - sebelum ini dianggap sebagai 'hiasan langit letupan gunung berapi' kini menjadi pemusnah mahluk yang ada di tanah yang subur itu, Subhanallah!


Bukit Beruang

Mereka yang masih belajar


Pagi tadi kami di Bukit Beruang, Melaka.

Rumah yang di wakafkan untuk mengendalikan kuliah belajar al-Quran dan pelbagai majlis ilmu yang lain penuh sesak. Sebahagian mendengar secara berhadapan, manakala sebahagian lagi terpaksa mendengar melalui lintas langsung di ruang sebelah.

Macam-macam usaha ke arah mendekatkan manusia kepada Allah SWT. Saya bahagia menjadi sebahagian daripada usaha-usaha tersebut.

PETIKAN n3: Kehidupan Ringkas tapi Signifikan

Nota:
Terasa amat terkilan kerana tidak dapat 'meraikan' Prof sekeluarga selepas tamat majlis ilmu tersebut - kehadiran yang tidak dirancang (...namun, begitulah hebat perancanganNYA).

20:10 20.10.2010

Nombor lagi! Kali ini yang ternyata di atas... 
yang dibaca sebagai "jam 8.10 malam, pada 20 hb Oktober tahun 2010". Apa siknifikannya kali ini?

Itulah 'impian' 10 tahun lalu dengan menggunakan nama kod "Melaka Maju 2010". Pada detik yang dinyatakan, Negeri Melaka 'diiktiraf' sebagai Negeri Maju; sekaligus mensasarkan 10 tahun akan datang sebagai Melaka 'Badaraya Teknologi Hijau'.

Untuk tujuan tersebut, 32 indikator telah dirujuk sebagai memenuhi kriteria pengiktirafan - meliputi lima sektor iaitu ekonomi, infrastruktur, sosial, alamsekitar dan pentadbiran. Rujuk Taarif 'maju' DI SINI

Seperti yang disahkan pihak OECD (Organization for Economic Coorperation & Development), indikator utama (ekonomi) "KDNK per kapita" Melaka mengatasi Negara Turkey (juga Malaysia).

101010

Hari ini adalah tarikh binari... 101010. Subhanallah!

Tibalah tarikh yang ramai menantikannya!...Ada yang terpaksa mengumpul ramai 'rakan setaraf dengannya' untuk majlis perkahwinan, sebagai contoh. Mengapa?

Apa sebenarnya yang ada pada tarikh 20 Oktober 2010 itu?... hari yang ke 283 tahun 2010... bermakna, tinggal 82 hari lagi (dicampurkan jadi "10" lagi...).

Ada yang meringkaskan sebagai 10.10.10. Dari aspek prestasi, "10" dikatakan sebagai "perfect"... Refleksi keatas sesuatu kejayaan (yang pastinya selepas melalui ujian-ujian tertentu)!


Dalam Islam, tarikh 10 Muharram... 10 Zulhijjah... Umum mengetahui tarikh-tarikh itu mempunyai sejarah dan keberkatan tersendiri, yang tidak perlu lagi disenaraikan di sini.

Namun, untuk 'menganalisis' nombor, sewajarnya dicatatkan sebagai 20.10.2010.  Jika dicampurkan, ia menjadi "5"... Angka lima mempunyai signifikan dalam Islam...pertengahan dan selamat. Lihatlah kedudukan nombor 5 dalam susunan 1,2,3,4,5,6,7,8 dan 9. Ya di TENGAH!... MasyaAllah. 


...dan "pakar nombor" akan terus menerus bermain dengannya, sehinggakan kadang kala tersasar aqidah Islamnya, tanpa disedari!