Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
Bukan Sekadar Resepi...
Bukan Sekadar Resepi adalah inovasi penulisan dalam hidangan resepi. Ia adalah rangkuman kehalusan pendidikan, budaya dan hidangan berkhasiat yang menyelerakan. Pengkisahan betapa kasih seorang ibu, yang rata-rata lokasinya di dapur mengimbau kenangan lalu. Banyak kisah serupa dilalui. Dan sentuhan halus itu membuatkan saya menjadi sebak!... Baca selanjutnya
Labels:
buku.MINDA
bila SAMPAI MASAnya...
Prof Kamil menulis: Premis saya sangat mudah, “biar kita jadi golongan terpilih, kumpulan akhir zaman yang sedikit. Marilah kita solat berjemaah, marilah kita berpuasa sunat Isnin dan Khamis, marilah kita bangun malam bertahajud, marilah kita membaca al-Quran dan memahami makna dan tafsirnya, dan dahlah…. kita sudah tua, masa mati kita sangat hampir, marilah kita jadi manusia yang lebih baik”. Baca selanjutnya
Labels:
diariMINDA
Gerhana 16 Jun 2011
Tanggal 15-16 Jun 2011, sebahagian Bumi berpeluang menyaksikan fenomena gerhana penuh Bulan. Seluruh Malaysia berpeluang menyaksikannya pada tanggal 16 Jun 2011. Seluruh gerhana ini juga boleh dilihat di benua Afrika, Eropah, sebahagian besar Asia dan Australia. Bagi tahun 2011 akan berlaku dua kali gerhana penuh Bulan dan kali ini adalah salah satu dari gerhana tersebut. Gerhana penuh Bulan hanya akan berlaku ketika fasa purnama - Baca lanjut DI SINI
Labels:
aeroAngkasa
CCU
Kami cemas seketika petang semalam, sekitar 6:00 petang, apabila Dato' Setia Dr Anuar dengan tegas mencadangkan agar isteri menjalani prosedur coronari angiographi - serta merta!
Alhamdulillah, sekitar jam 10:00 malam, kami tiga beranak dipanggil ke dalam makmal - dan mengesahkan tiada yang perlu dibimbangkan! Tiada blockages yang dikesan. Namun semalaman dipantau rapi di CCU SJMC. Dan jam 11:00 pagi tadi dibenarkan keluar.
Alhamdulillah, sekitar jam 10:00 malam, kami tiga beranak dipanggil ke dalam makmal - dan mengesahkan tiada yang perlu dibimbangkan! Tiada blockages yang dikesan. Namun semalaman dipantau rapi di CCU SJMC. Dan jam 11:00 pagi tadi dibenarkan keluar.
Labels:
diariMINDA
Allah Lebih Menyayanginya.. Al-Fatihah
Allah Lebih Menyayanginya.. Al-Fatihah
by Sabtu M Ali on Friday, April 29, 2011 at 10:13am
Alhamdulillah, jenazah cucu ke-6 kami (anak ke-3 Azzam/Liza) sempurna disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22 Subang Jaya jam 6:05 petang semalam (28 Apr).
Bayi 36 minggu itu disahkan meninggal dunia 'mengejut' dalam rahim ibunya kelmarin. Sesungguhnya, Allah lebih menyanyanginya dan Maha Mengetahui akan ciptaanNYA. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan hambaNYA yang dirahmati dan mendapat limpahan kasih sayangNYA... dan akhirat nanti berupaya menumpangkan anugerah yang dikurniakan, kepada ahli keluarganya insyaAllah.
Terima kasih kami kepada rakan-rakan qariah Masjid Darul Ehsan Subang Jaya serta ahli kelurga yang menziarahi/ bersama-sama menguruskan jenazah; tidak ketinggalan juga doa dan sms/ ucapan taziah daripada rakan fB.
Salam, hjSab2
Labels:
imaniMinda
Jahiliyyah Modern
Jahiliyyah bermaksud "sesat atau jahil". Asalnya ia dimaksudkan kepada masyarakat jahiliyyah di semenanjung Tanah Arab yang hidup 1500 tahun dahulu sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W iaitu masyarakat yang mundur dari segi pembangunan, akhlak dan sosial ditambah pula dengan sikap keangkuhan, kesombongan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan. Dengan ketiadaan Nabi dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk, mereka menjadi sesat, jauh daripada jalan kebenaran dan tiada sistem hidup yang menjamin kebahagian. Inilah asal bentuk masyarakat jahiliyyah.
Labels:
imaniMinda
Subscribe to:
Posts (Atom)