Nigerian workers strike over cost of living crisis
-
[ad_1] The nationwide walkout was called by the two mai […]
Kembara Cambridge - Konvo
Kami melalui suatu pengalaman baru menghadiri majlis konvo yang agak unik (pelik?).... Universiti Cambridge mengekalkan tardisi 800 tahunnya di Senate House - pernyataan /pentauliahan ijazah oleh Presiden kepada setiap graduan dalam bahasa Latin!
Namun, majlis yang semi-formaliti itu ringkas dan teratur.
Gambar-gambar di faceBook saya.
|Cambridge Ahad 0745|
Labels:
minda.Canbridge,
travelog.MINDA
Gerhana bulan 26 Jun
Pada hari ini akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.
Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.
Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.
Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.

Butir-butir gerhana bulan hari ini oleh NASA
Labels:
aeroAngkasa
Kembara Cambridge - Minoriti
Bersolat Jumaat di Pusat Islam Cambridge - 5 minit berjalan dari rumah. Ruang solat yang bolih memuatkan sekitar 300 jemaah. Ternyata kekuatan dan perpaduan ummah ketika di perantauan dan minoriti dalam kumpulannya!
Masjid di Pusat Islam itu adalah bangunan sementara (yang bertahun-tahun digunakan) - merupakan bangunan 2 unit rumah dua tingkat yang berangkai belakang. Masyarakat Islam di Cambridgeshire sekitar 6000 orang.
InsyaAllah, bangunan masjid baru yang lengkap dengan kemudahan ilmu dan ibadat sedang dalam pembinaan di atas tapak lebih satu ekar. Kosnya 13 juta paun, hasil derma individu-individu, termasuk dari Malaysia.
Labels:
travelog.MINDA
Kembara Cambridge - Tiba
Alhamdulillah, kami sampai di Cambridge awal pagi tadi (Khamis 7:00 am)... seleps >20 jam perjalanan.
Akan berada di sini sehingga 11 Julai, sebelum mengerjakan ibadat Umrah, InsyaAllah.
Akan berada di sini sehingga 11 Julai, sebelum mengerjakan ibadat Umrah, InsyaAllah.
indahnya penciptaanNYA...
Labels:
travelog.MINDA
Skesta: bakar hati...
Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”
“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
Baca sindiran penuh tarbiyah Pahrol M Juoi

imaniMinda
Menempah Musibah
Minda Jumaat kali ini membawakan intipati dari kuliah maghrib yang disampaikan Ustaz Abdullah Iraqi pada 26 Mei 2010, di Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. dengan merujuk kepada Ayat 90, Surah Al-Maaidah.
Dua pengajaran utama dalam konteks semasa (khususnya dalam kekalutan judi bolasepak) adalah ancaman Allah terhadap 'orang-orang yang beriman' ke atas pengharaman arak, judi, penyembahan berhala dan 'tengok nasib' adalah:
1. Empat amalan tersebut jelas kejinya, pastinya rangsangan syaitan!
2. Apabila manusia 'istihar perang' terhadap hukum Allah, tunggulah musibah yang didatangkanNYA!
Renungkanlah akan musibah-musibah yang menimpa umat Melayu sekarang, di antaranya: kekalutan berpolitik, murtad, zina dan buang bayi terang-terangan, dadah serta beranika gejala sosial lain... Siapa yang menjuarainya semua itu?
Apakah itu semua belum lagi atau masih tidak menyedarkan mereka (kita juga)?
Mereka hanya berseronok MENEMPAH MUSIBAH... yang akhirnya dikongsi semua!
Bersama kita memohon keampunan dan perlindunganNYA.
Labels:
minda JUMAAT
Subscribe to:
Posts (Atom)