KPI Dashboard

Penjagaan telinga

Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.

Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun.

Baca tulisan Dr Irfan Mohammad SELANJUTNYA

minda.JUMAAT: memasyarakatkan masjid

Memasyarakatkan masjid bererti menjadikannya berperanan dengan lebih luas sebagaimana kesyumulan Islam itu sendiri seperti:
  • pusat pentadbiran,
  • kebudayaan,
  • ekonomi,
  • dakwah islamiah,
  • aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan,
  • pendidikan dan tarbiah,
  • pusat perundangan,
  • riadah,
  • sumber maklumat,
  • pusat khidmat dan nasihat,
  • pusat ekonomi dan penyatuan ummah.
BACA SELANJUTNYA

.

minda.JUMAAT: Masjid Darul Ehsan

Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) merupakan masjid pertama terbina di Subang Jaya - dua puluh lima (25) tahun lalu... Menyimpan banyak sejarah tersendiri dalam tempoh tersebut.

Kami sekeluarga menjadi anak qaryah MDESJ setahun selepas ia siap dibina. Masih terkenang saat-saat 'kemakmurannya'. Penuh dengan pengajian. Persaudaraan anak-anak qaryah. Suasana kedamaian persekitaran... sebelum pembangunan kawasan perumahan dan komersial USJ yang menyempitkan pernafasan!

Namun begitu, hakikat dan realiti pembangunan persekitaran Subang Jaya perlu diterima. Termasukan kesempitan akibat pembangunan di kawasan tepian Leburaya Persekutuan nya kini... Setahun dua lagi akan terbentuklah 'tembok-tembok' pangsapuri mewah di arah laluan masuknya.

Round about yang amat besar 25 tahun dahulu kini digantikan dengan persimpangan bertingkat ... sehingga empat tingkat. Nanti ditambah lagi dengan laluan LRT yang akan dibina (kini giat dengan soil test nya).

Ahhh!...Rasanya tidak perlu diceritakan itu semua. Balik semula pasal masjid...

Dalam mengwujudkan 'capaian' anak qaryah yang kini beranika ragam pola kehidupanya, Pengurusan MDESJ turut menjadikan landasan kepesatan teknologi maklumat sebagai salah satu alat.

Justeru, laman web MDESJ telah diwujudkan. Matlamat utama adalah untuk mendekatkan anak muda ke masjid. Termasuk kebanjiran penuntut-penuntut Arab /Afrika dan Asia Tengah yang menuntut di beberapa Universiti /dan Kolej swasta di persekitarannya.

InsyaAllah weblog tersebut | www.MDESJ.net | akan diaktifkan secara rasmi sebelum Solat Jummat nanti - 14 Rabiul Akhir 1430H... 25 tahun 14 hari, selepas tarikh masjid mula digunakan.

Berkunjuglah ke sana nanti... dan beri maklumbalas untuk tujuan penambahbaikan, InsyaAllah.

mengurus kemarahan

Saya pernah berasa marah yang teramat sangat beberapa tahun yang dulu sehingga tahap memaki hamun dan sebagainya. Tetapi Alhamdulillah masih di dalam kawalan di mana tidak sampai bertumbuk dan bergaduh.

Itu beberapa tahun dahulu. Sehingga kini marah-marah kecil tetap ada terutama geram kepada pemandu-pemandu yang ramai tidak mempunyai EQ iaitu memahami perasaan orang lain. Dengan kata lain yang susah sangat untuk bertolak ansur.

Sesetengah orang mudah untuk marah. Ada yang sehingga tahap marah yang mampu mendorong kepada tindakan fizikal yang luar kawalan. Ini amat membimbangkan.

Baca panduan dalam PENGURUSAN MARAH FuadLatip