KPI Dashboard
Showing posts with label PEST. Show all posts
Showing posts with label PEST. Show all posts

persekitaran YSB(12): TEKNOLOGI dalam PEST

Sejak semingguan entri berkisar kepada dua isu: kes penculikan dan pembunuhan kejam adik Nurin Jazlin (kebetulan selepas kes Nuri TUDM hilang di Genting...) dan Angkasawan Malaysia.

Kini minda.Strategik menyambung kembali bicara berkaitan model sistem berfikir, yang kini memberi fokus kepada persekitaran YSB. Dalam siri pYSB terakhir ini akan disentuh tentang aspek teknologi dalam PEST.

Tidak dapat disangkal lagi, dan seperti yang kita semua lalui sekarang kecanggihan teknologi telah merobah batasan masa dan jarak dalam berkomunikasi. Yang sering dipanggil sebagai 'dunia tanpa sempadan'. Begitu jugalah hebatnya teknologi dalam pemacuan minda dalam proses pemikiran strategik.

Faktor-faktor tekologi dan aspek-aspek alam sekitar sering menjadi senjata bisnes - dalam mengwujudkan halangan-halangan daya saingnya. Teknologi memberi kesan yang hebat kepada tahap produktiviti dan juga keupayaan membuat keputusan. Teknologi juga adalah sebahagian dari hidup kita kini! Teknologi jugalah pemusnah kepada kesejagatan hidup, jika terlalu bergantung hidup dengannya...

foto desain & kredit: uncleJ Aku dan ICT...

persekitaran YSB (11) - SOSIAL dalam PEST



Faktor-faktor sosial dalam persekitaran mempengaruhi kita dalam pemikiran strategik. Ia meliputi aspek-aspek persekitaran makro - demografi dan budaya.

Faktor-faktor tersebut akan memberi kesan kepada keperluan dan potensi pasaran bisnes yang dirangka. Di antara lainnya yang melibatkan kesedaran tentang kesihatan, kadar pertumbuhan penduduk, taburan peringkat umur, sikap terhadap kerjaya dan keselamatan.


sumber foto: camillerose at flicker

persekitaran YSB(10): EKONOMI

Agak lama siri minda.STRATEGIK berehat... dan bersempena dengan pembentangan Bajet2008, kita sambung bicara aspek yang berkait rapat dengan siri persekitaran YSB.
Masih ingat lagi tentang PEST? ...kita menoleh kebelakang sebentar - sekadar untuk penyamanan minda.
Di siri persekitaran YSB(5) telah dibicarakan tentang POLITIK - P dalam PEST. Faktor EKONOMI merupakan elemen yang amat berkait rapat dengan POLITIK... seperti aur dengan tebing.
Begini cerita mudahnya: Bajet, yang dahulunya di kenali sebagai 'belanjawan' itu adalah apa yang tersurat - aspek ekonomi.... Yang tersiratnya adalah politik!
Politik dan ekonomi adalah dua faktor yang melakar bentuk persekitaran. Baik di negara maju, sedang membangun atau pun dunia ketiga keupayaan sesebuah kerajaan memacu P&E secara langsung mempengaruhi cara berfikir - khususnya pemikiran strategik.
Untuk kemudahan, maklumat-maklumat berikut menceritakan apa yang dimaksudkan di atas:

persekitaran YSB (5) - POLITIK

Faktor PEST yang pertama ialah POLITIK.

Ahli politik, di mana sahaja di dunia sebenarnya adalah 'pembikin berita'.

Kadangkala berita gembira,
Kadangkala berita membawa derita,
Kadangkala berita yang tiada beritanya!

Berita-berita yang dipengaruhi politik banyak memberi kesan kepada persekitaran. Perubahan kuasa politik sering memberi kesan mendalam persekitaran bisnes sesebuah Negara. Namun, bagi Negara yang kerangka pemikiran di kalangan rakyatnya sudah 'mantap', perubahan kuasa politik tidak memberi kesan yang ketara. Contohnya Jepun dan USA.

Walau pun di Jepun Perdana Menterinya bertukar setiap tiga tahun, seolah-olah tidak memberi kesan kepada kuasa ekonomi Asia itu memacu dunia ekonomi global. Begitu juga USA, setiap kali pertukaran Presiden (dari dua parti politiknya) polisi luar negaranya, khususnya terhadap anak emasnya Israel tetap kekal. Mencari jalan untuk berperang digelanggan negara lain segar sepanjang zaman. Mengapa? Kerana kuasa politik USA ditangan kuasa ekonomi Israel di USA!

Politik dan kehidupan sudah sebati dalam hidup kita. Sampai ketikanya nanti penjurusan pemikiran kita berlandaskan politik itu menjadi tindakan sepontan!

Itu sebabnya, bagi kebanyakan orang Melayu hendak buat bisnes mesti main politik. Kalau tidak main politik tidak boleh bisnes! Inilah masalahnya dengan minda orang kita...

Lebih 12 tahun lalu, ketika ditugaskan untuk mengwujudkan Program Pembangunan Usahawan (melibatkan tiga Syarikat gergasi Negara); salah satu faktor kegagalan dan cabaran yang menanti adalah skeptisme "orang Melayu buat bisnes mesti main politik, kalau tidak main politik ia bukan Melayu!" Sestrategik mana untuk mengatasinya, rupa-rupanya 'main politik' jugalah pemusnahnya! Ada kebenarannya.

Begitulah juga dengan sukan... baru minggu ini timbul kesedaran bahawa orang politik yang menjadi 'pemimpin sukan' itu lebih memudaratkan, dari baiknya. Mungkin setelah jelas sekarang lunturnya kecemerlangan 'bisnes' beberapa jenis sukan yang dipolitikkan?

Yang pastinya, komponen politik dalam menjana persekitaran yang selalu berubah itu tidak memerlukan penjelasan yang panjang...

persekitaran YSB (1) - PEST

Bicara siri di minda.STRATEGIK seterusnya adalah merujuk kepada model sistem berfikir (MSB) yang di nyatakan sebelum ini. MSB adalah asas dan kekuatan kepada proses pemikiran strategik yang sedang kita bicarakan.

Kalau diamat-amati model itu semula, apakah faktor atau elemen yang terpisah dari sistem berkenaan? Ya, betul.... faktor persekitaran yang sentiasa berubah! (the ever changing environment). Kita rujuk sebagai persekitaran YSB, untuk memudahkan bicara. Juga, fokus yang akan diberikan hanya kepada persekitaran bisnes dan organisasi.

Entri-entri khusus selepas ini akan membuktikan betapa kehebatan menangani persekitaran YSB itulah sebenarnya kekuatan pemikiran strategik.

Mengapa dikatakan begitu?

Persekitaran bisnes merupai satu set ketumbukan tekanan-tekanan yang merangkumi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial dan teknologi (PEST). Ya, kuasa "PEST" ...kuasa anai-anai! Bayangkan kehebatan anai-anai dalam meruntuhkan kekuatuan sesuatu struktur, sebagai analogi awalan untuk tujuan penyamanan minda...

Apa yang pasti, kuasa-kuasa PEST tersebut secara umumnya di luar kawalan dan pengaruh bisnes dan organisasi itu sendiri. Tidak kira apa jenis bisnes. Besar atau kecil. Semuanya tidak terkecuali! [Nota: Sengaja penulis menggunakan ungkapan "ketumbukan tekanan-tekanan" untuk memberi gambaran betapa PEST itu boleh dibaratkan sebagai suatu kuasa besar!...semacam negara Ugutan Syaitan Alam itu - USA?].

Perlu difahami, PEST memberi potensi impak yang positif dan juga negatif keatas bisnes atau organisasi. PESTlah juga yang memacu dan pemangkinnya.

Secara mudah, kekuatan pemikiran strategik itu berpaksikan kepada faktor luaran. Yang sentiasa berubah. Faktor yang selalunya di luar kawalan entiti bisnes itu sendiri. Itu sebabnya sering orang cerdik pandai mengatakan bisnes itu penuh dengan risiko. Memang ada kebenaran dalam ungkapan tersebut. Kerana PESTlah faktor penyumbang risikonya.

Ketepatan formulasi strategi bisnes digambarkan dengan keberkesanan pengemudian persekitaran POLITIK, EKONOMI, SOSIAL dan TEKNOLOGI; demi survival organisasi berkenaan.

Sebelum kita tinggalkan anai-anai di sini, satu lagi ungkapan bistari ingin dikongsi... Persekitaranlah yang sentiasa berubah. Yang tidak pernah berubah hanyalah perkataan 'berubah' itu sahaja?